Hidayah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panduan daripada peristiwa Uhud

Aug 29, 2025 | 5:30 AM
tawaduk, nasihat
Peristiwa Perang Uhud mengajar kita bahawa meminta pandangan dan nasihat orang lain adalah tanda tawaduk dan kebijaksanaan. - Foto ISTOCKPHOTO

Surah Ali Imran ayat 158 hingga 165 menyenaraikan beberapa pengajaran penting yang boleh diambil daripada peristiwa Perang Uhud.

Ayat 158 mengingatkan bahawa kematian pasti berlaku di mana-mana sahaja, sama ada seseorang itu telah sampai ajalnya ataupun gugur di medan perang.

Ayat 159 pula menonjolkan sifat lemah lembut Nabi Muhammad saw yang sentiasa memaafkan dan bermesyuarat dengan para sahabat walaupun mereka melakukan kesilapan.

Ayat ini menggambarkan kepemimpinan Baginda yang menjadi contoh teladan kepada para pemimpin lain.

Seterusnya, ayat 160 mengajarkan bahawa hanya pertolongan Allah swt yang menentukan kemenangan.

Tidak kira sekuat mana sesuatu pasukan itu, jika Allah swt mentakdirkan kekalahan, maka kemenangan tidak akan dapat dicapai.

Ayat 161 pula menegaskan bahawa para nabi tidak mungkin mengkhianati amanah, dan sesiapa yang berbuat demikian akan menerima balasannya.

Ayat 162 dan 163 menjelaskan bahawa individu yang mencari keredaan Allah swt tidak sama dengan orang yang dimurkai-Nya.

Setiap individu mempunyai darjat berbeza di sisi Allah swt bergantung kepada amalannya.

Ayat 164 menyatakan bahawa pengutusan Rasulullah saw adalah satu nikmat besar kerana Baginda mengajar, menyucikan jiwa dan membimbing umat.

Akhir sekali, ayat 165 menerangkan bahawa kekalahan di Uhud adalah ujian daripada Allah swt yang berpunca daripada kelemahan dan kesilapan orang Islam sendiri.

Antara pengajaran penting ialah apa yang terkandung dalam ayat 159. Allah swt berfirman:

“Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”

Meminta pandangan dan nasihat daripada orang lain merupakan tuntutan agama.

Kita digalakkan untuk merujuk kepada mereka yang berilmu dan berpengalaman.

Malah, memberikan nasihat kepada saudara seagama juga adalah antara hak sesama Muslim.

Rasulullah saw bersabda: “Hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain ada enam perkara... (antaranya ialah) Jika dia meminta nasihat daripadamu, berilah nasihat kepadanya.” (HR Bukhari).

Tindakan meminta panduan, terutama bagi mereka yang sudah berumur atau berpengalaman,
adalah petanda jiwa yang tawaduk dan pengakuan bahawa kita tetap boleh tersilap dan memerlukan pandangan orang lain.

Nabi Muhammad saw sendiri menjadi contoh terbaik dalam hal ini, walaupun Baginda seorang yang maksum (bebas daripada dosa) dan mendapat bimbingan wahyu, Baginda tetap meminta pandangan para sahabat.

Janganlah kita memandang rendah orang lain hanya kerana kita lebih tua ataupun lebih tinggi pangkat.

Laporan berkaitan
Ajal sudah ditentukanAug 19, 2025 | 10:11 AM
Timba pengajaran Perang UhudAug 4, 2025 | 8:06 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg