Program Santunan Emas merupakan satu inisiatif yang bertujuan menggalakkan warga emas mengamalkan lima aspek penuaan aktif iaitu kognitif, fizikal, sosial, pembelajaran dan kesukarelawanan.

Selepas mendapat suntikan rohani melalui kuliah hadis, jemaah berpeluang menyertai pelbagai kegiatan menarik bersama teman-teman melalui kerjasama pelbagai agensi kemasyarakatan.