Satu pesta buku untuk kanak-kanak akan berlangsung pada 29 Jun di Paya Lebar, PLQ 3.
Acara Kids Bookfest 2024 itu dianjurkan The Safaa Safiyyah Publication, Arabic Edu Hub dan Maktaba Hammoud dari 9 pagi hingga 5 petang.
Acara itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang dijangka dapat memupuk minat membaca dan mengembangkan bakat kanak-kanak, di samping memberi peluang kepada ibu bapa memperoleh ilmu yang bermanfaat.
Dengan pelbagai aktiviti yang disediakan, acara ini akan menjadi satu hari yang penuh dengan pembelajaran, keseronokan dan manfaat.
Marilah kita sama-sama memeriahkan acara ini dan mengambil peluang untuk memperkayakan kehidupan anak-anak kita dengan ilmu dan minat membaca.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg