Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Hutang gaji, mesti bayar

Sep 18, 2018 | 02:49 PM



KECUALI anda seorang sukarelawan, semua pekerja menjangkakan untuk mendapat gajinya setiap bulan.



Walaubagaimanapun, ada segelintir pekerja yang tidak dibayar gaji tepat pada masanya dan ada pula yang tidak dibayar sama sekali.



Menurut Akta Pekerjaan, ia adalah kewajipan majikan untuk membayar gaji pekerja mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali dan dalam masa tujuh hari selepas tamatnya tempoh gaji mereka.



Malangnya, terdapat pekerja yang dihutang gaji tetapi mereka tidak melaporkan majikan mereka kepada Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian​ (TADM) ataupun kesatuan sekerja mereka dalam tempoh masa yang sesuai untuk menuntut gaji mereka.



Kadang-kadang, pekerja ini tidak tahu apa yang patut mereka lakukan apabila dihutang gaji dan hanya menunggu dengan harapan bahawa gaji mereka akan dibayar.



Walaupun kebanyakan pekerja berjaya menuntut gaji mereka sepenuhnya selepas melaporkan perkara tersebut kepada TADM atau kesatuan sekerja, ada juga yang tidak begitu bernasib baik.



Majikan menghilangkan diri



Dalam kes hutang gaji yang melibatkan enam warga emas yang berkerja sebagai pekerja pembersihan, mereka tidak dibayar gaji setelah meyelesaikan kerja mereka walaupun majikan mereka, yang mengendalikan syarikat khidmat pembersihan yang berlesen, telahpun menerima bayaran perkhidmatan daripada pembeli khidmat.



Malangnya, agak susah untuk pekerja ini mencari majikan mereka untuk menuntut gaji yang dihutang ataupun menguatkuasakan writ penyitaan dan penjualan kerana syarikat itu dikendalikan oleh satu orang dan alamat perniagaan yang didaftar adalah ruang pejabat yang disewa dan telah dikosongkan beberapa tahun yang lalu.



Majikan yang bersalah ini telah menggunakan taktik yang sama untuk menipu pekerja lain yang mungkin tidak berdaya atau kurang pasti apa yang perlu dilakukan untuk menuntut gaji mereka.



Walaubagaimanapun, pekerja ini telah diberi pertolongan oleh Pusat U Care (UCC) NTUC dan kes mereka dirujuk kepada pihak berkuasa. Selepas siasatan dijalankan, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) membuat keputusan untuk membatalkan lesen syarikat tersebut.



Majikan ‘temberang’



Dalam kes lain yang melibatkan lapan pekerja, syarikat mereka tidak membayar gaji pekerja mereka dan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB​) juga mendapati bahawa syarikat itu tidak menyumbang kepada CPF pekerja tersebut.



Untuk mengelakkan daripada dijejaki CPFB, majikan tersebut menyuruh pekerjanya meletak jawatan dan menandatangani kontrak baru walaupun dengan bos yang sama.



Menerusi cara ini, pemeriksaan akan menunjukkan bahawa syarikat tersebut tidak mempunyai pekerja dan mereka berharap bahawa pihak berkuasa seperti CPF tidak akan memberi tumpuan kepada mereka.



Pekerja ini terpaksa bersetuju dengan berat hati kerana diberitahu jika tidak, syarikat itu akan membayar CPF dahulu sebelum membayar gaji mereka.



Malangnya, bila pekerja ini sedar bahawa majikan tidak akan membayar gaji mereka, kebanyakan pekerja ini dihutang lebih daripada gaji sebulan dan ada juga yang dihutang gaji tiga bulan.



Sunyi tidak bermakna emas



Pekerja patut sedar jika syarikat sentiasa tidak membayar gaji pekerja tepat pada waktunya, ia adalah tanda bahawa besar kemungkinan syarikat itu menghadapi masalah kewangan.



Malangnya, ramai pekerja terpaksa terus bekerja walaupun dihutang gaji kerana takut jika tindakan melaporkan majikan mereka kepada TADM akan memburukkan hubungan dengan majikan.



Ramai yang takut kehilangan pekerjaan jika mereka membuat aduan. Pekerja ini menderita dalam diam dan terus berkerja mengharapkan sesuatu yang luar biasa akan berlaku dan nasib mereka akan berubah.



Dapat bantuan dengan segera



Bagi segelintir pekerja, kelewatan dalam mendapatkan gaji mereka bermakna mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli barang keperluan harian ataupun komitmen yang lain.



Jadi apakah yang harus anda lakukan jika majikan anda gagal membayar gaji?



Pertama, cuba berbincang dengan majikan anda tentang gaji yang dihutang.



Kemudian, jika majikan anda tidak dapat ataupun enggan membayar, cuba mintak pertologan daripada TADM ataupun Kesatuan Sekerja anda secepat mungkin. Ini akan mengelakkan jumlah yang dihutang menjadi lebih besar dan terdapat peluang lebih baik untuk mendapatkan semula gaji anda.



Lazimnya, kebanyakan Kesatuan Sekerja NTUC telah berjaya menolong pekerja yang terjejas untuk mendapatkan semula gaji yang dihutang.



Jikalau kes tersebut dirujuk kepada TADM bagi pengantaraan, ahli kesatuan sekerja layak mendapat had tuntutan yang lebih tinggi sebanyak $30,000 (berbanding dengan $20,000 untuk pekerja lain) dan kesatuan sekerja boleh menwakili pekerja itu dalam sesi tersebut.



Had tuntutan yang lebih tinggi adalah penting terutamanya bagi golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) kerana gaji yang dihutang kepada mereka boleh mencecah ribuan dolar.



Dalam sesi pengantaraan TADM, persetujuan penyelesaian akan diberi selepas penyelesaian dicapai di antara kedua-dua pihak.



Jikalau penyelesaian tidak dapat dicapai dalam sesi tersebut, kes itu akan dirujukkan kepada Tribunal Tuntutan Pekerjaan (ECT).



Kebanyakan pekerja akan menerima gaji yang dihutang kepada mereka sepenuhnya selepas kes mereka dirujuk kepada TADM ataupun ECT.



Menurut TADM, dari April ke September 2017, empat dalam setiap lima kes hutang gaji dapat diselesaikan di TADM dan kebanyakan daripada mereka menerima jumlah sepenuhnya kerana Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memandang serius isu majikan yang tidak mengikut undang-undang pekerjaan. MOM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut.



Pekerja yang masih tidak dapat semula gaji yang dihutang kepada mereka sepenuhnya selepas persetujuan penyelesaian dicapai dan setelah dirujuk kepada ECT, mereka akan dirujuk oleh TADM kepada UCC untuk menolong pekerja tersebut mencari jalan lain untuk mendapatkan balik gaji mereka.



Bantuan yang diberi oleh UCC



Dari 1 April 2017 ke 30 Jun 2018, UCC telah mengendalikan 320 kes gaji yang dihutang (sekitar 20 kes sebulan).



Secara purata, pekerja dihutang gaji sekitar dua hingga tiga bulan, dengan segelintir daripada mereka dihutang gaji sehingga 9 bulan.



Jumlah keseluruhan gaji yang dihutang dalam kes-kes ini mencecah $1.66 juta.



Writ penyitaan dan penjualan (WSS)



Jikalau pekerja masih tidak dibayar gaji yang telah dihutang kepada mereka selepas persetujuan penyelesaian dicapai ataupun setelah dirujuk kepada ECT, mereka akan diberi pilihan untuk membuat WSS.



WSS yang dikeluarkan oleh mahkahmah membolehkan pekerja tersebut mengambil milik aset syarikat.



Pekerja ini boleh menjual aset tersebut untuk menuntut gaji yang dihutang.



Walaubagaimanapun, ini adalah proses yang memakan masa agak lama dan kosnya boleh mencecah beberapa ratus hingga ribuan dolar bergantung pada peringkat WSS dan jumlah aset yang disita dan dilelong.



Bagi pekerja yang mempertimbangkan pilihan ini, UCC akan membantu menilai sama ada ini merupakan cara yang paling baik untuk mendapatkan semula gaji mereka dan membimbing pekerja melalui proses tersebut.



Dalam kes di mana UCC menilai bahawa WSS dapat dilaksanakan, WSS terbukti berkesan dan kadar kejayaan pemulihan gaji adalah tinggi.



Dalam 12 daripada 13 kes tuntutan gaji, di mana pekerja dibantu oleh UCC untuk menjalankan WSS, majikan akhirnya membayar gaji yang dihutang tanpa apa-apa aset majikan disita.



Walaubagaimanapun, terdapat pekerja yang enggan mencuba WSS kerana kosnya yang agak tinggi berbanding dengan jumlah gaji yang dihutang. Lebih-lebih lagi, tidak ada jaminan bahawa mereka akan dapat semula gaji yang dihutang kerana ia selalunya tidak jelas berapa banyak aset yang ada pada syarikat itu.



Dalam kes di mana sebuah syarikat tidak lagi beroperasi atau telah dijual kepada pihak lain, WSS bukanlah satu pilihan sama sekali.



Pertolongan kewangan untuk pekerja berpendapatan rendah



Pekerja berpendapatan rendah yang tidak mendapat semula gaji mereka kerana syarikat itu telah berhenti beroperasi akan dibantu di bawah Dana Bantuan Jangka Masa Pendek (STRF) TADM yang dibiayai oleh MOM.



STRF memberi bantuan kewangan jangka pendek kepada pekerja setempat yang berpendapatan rendah sebagai usaha terakhir, di mana majikan tidak dapat membayar gaji mereka kerana syarikat itu telah berhenti beroperasi.



Setakat ini, sejak pelaksanaan STRF pada April 2017, 98 pekerja atau kira-kira satu pertiga daripada kes-kes pekerja tidak dibayar gaji merupakan pekerja berpendapatan rendah yang gagal mendapatkan semula gaji mereka selepas persetujuan penyelesaian dicapai ataupun setelah dirujuk kepada ECT, telah menerima bantuan kewangan daripada STRF.



Di Britain, jika sebuah syarikat muflis dan pekerja telah ditamatkan, pekerja boleh menuntut sebahagian atau semua gaji mereka yang belum dibayar daripada Dana Insurans Nasional (NIF) yang dibayar oleh pekerja, majikan dan pekerja bebas.



Walaubagaimanapun, masih terdapat had tuntutan kerana tujuan skim tersebut adalah untuk membantu pekerja buat sementara waktu sambil mereka mencari pekerjaan alternatif.



Di Singapura, kita tidak mempunyai NIF. Mungkin, MOM dan TADM boleh meneroka bagaimana STRF boleh membantu lebih ramai pekerja dan bukan setakat mereka yang bergaji rendah.



Melindungi diri anda



Memang sukar bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan apabila syarikat itu ditutup, apa lagi tidak menerima gaji untuk kerja yang telah mereka lakukan.



Pekerja tidak boleh dipaksa bekerja secara percuma dan mungkin para pekerja harus mencari kerja alternatif jika ada tanda yang menunjukkan bahawa tempat pekerjaan mereka mungkin mengalami masalah kewangan.



Setiap pekerja harus mengambil inisiatif untuk mengurangkan risiko mereka tidak dibayar gaji.



Secara permulaan, cuba dapatkan pekerjaan di syarikat di bawah kesatuan sekerja, atau menjadi ahli kesatuan sekerja untuk memastikan anda mendapat bantuan yang diperlukan jikalau sebarang masalah timbul di tempat kerja, termasuk tuntutan gaji.



Walaubagaimanapun, sekiranya anda mendapati diri anda dalam keadaan yang malang, ataupun jika anda tahu seseorang yang telah menjadi mangsa, ingatlah bahawa peluang untuk mendapatkan semula gaji yang dihutang lebih tinggi apabila syarikat masih dalam operasi.



NTUC, UCC, MOM dan TADM akan menyokong anda. Kami hanya boleh berharap anda datang kepada kami secepat mungkin.



Kepada majikan



Kehidupan pekerja bergantung pada anda. Oleh itu, anda mempunyai tanggungjawab untuk memastikan mereka dibayar tepat pada masanya.



Jika anda memiliki syarikat, pastikan anda mempunyai cara untuk menjaga pekerja anda. Jika tidak, kalau anda hutang gaji, mesti bayar.



 



Penulis Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >