'Ibu bapa tidak cukup lindungi anak daripada ketagihan permainan video'
Premium
'Ibu bapa tidak cukup lindungi anak daripada ketagihan permainan video'
Oct 16, 2022 | 5:30 AM
KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO DIRANCANG: Ketagihan permainan memang sesuatu yang dirancang: Ini bermakna kejayaan untuk perniagaan permainan, kata penulis. - Foto BM oleh CHONG JUN LIANG -
TAHUN lalu, China mengambil tindakan melarang kanak-kanak bawah umur untuk bermain permainan video pada hari sekolah dan lebih sejam pada hujung minggu dan malam sebelum hari cuti.
Kemudian, platform penstriman langsung (livestreaming) menjadi popular dalam kalangan remaja yang menonton orang lain bermain permainan kegemaran mereka. Justeru, pemerintah mengambil tindakan baru menghalang kanak-kanak daripada menonton penstriman langsung selepas 10 malam.

