Premium
Imbangi peranan yang dipikul isteri dan suami
Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita yang diserah ke Parlimen diharap dapat rapatkan jurang yang masih wujud, tangkis stereotaip
Oct 23, 2022 | 5:30 AM
DAPATAN: Satu kajian mendedahkan bahawa lebih 50 peratus wanita berkata mereka mengambil alih tugas penjagaan dan tanggungjawab berkaitan hal rumah tangga berbanding kaum lelaki. - Foto BM oleh DESMOND WEE -
KERTAS Putih mengenai Pembangunan Wanita di Singapura yang telah diserahkan kepada Parlimen Jun lalu menggariskan beberapa cabaran yang dialami wanita, daripada isu berkaitan penjagaan hinggalah isu pengadang atau glass ceiling di tempat kerja.
Meski Kertas Putih itu mengiktiraf pembangunan positif wanita sepanjang tahun, masih terdapat beberapa norma jantina yang tidak digemari yang masih tersemat dalam masyarakat Singapura.

