Premium
Isu sensitif dibentang Jayakumar dalam buku terbaru
Dalam buku 'Governing - A Singapore Perspective' mantan DPM berkata Covid-19 mungkin jejas rancangan PM Lee lepaskan jawatan pada 2022
Nov 7, 2020 | 5:30 AM
PEMIMPIN PERLU TANGKAS: Profesor S. Jayakumar berkata pemimpin Singapura perlu terus tangkas menangani isu hubungan Amerika-China demi memastikan kedua-dua pihak itu faham Singapura tidak boleh menyebelahi satu pihak dan apa jua tindakan yang diambilnya adalah demi kepentingan nasional. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG -
MANTAN Timbalan Perdana Menteri Profesor S. Jayakumar tidak mengelak daripada membincangkan isu sensitif dalam buku terkininya.
Ini termasuk isu Seksyen 377A, hukuman gantung, tengkarah melibatkan keluarga Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Pilihan Raya Presiden Dipilih yang diperuntuk bagi kaum Melayu buat kali pertama pada 2017, serta peralihan kepemimpin 4G.

