Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

IVF bantu beri 'keceriaan berganda'

Pasangan dikurnia dua cahaya mata hasil jalani proses persenyawaan in vitro selepas usaha dapatkan anak menerusi cara lain gagal
Jul 29, 2019 | 05:30 AM



"KENAPA kau nak cuba campur tangan dengan urusan Tuhan?"



Cik Nordian Razali tersentak mendengar respons seorang rakan kerjanya ketika berkongsi bahawa beliau sedang cuba mendapatkan anak menerusi Persenyawaan In Vitro (IVF).



"Saya tergamam. Sehingga saya sendiri ragu-ragu dengan keputusan saya... Tetapi saya pulang dan fikir sendiri, saya bukan cuba campur tangan dengan urusan Tuhan, saya hanya ingin usaha sebaik mungkin untuk dapatkan anak," ujar Cik Nordian, 36 tahun, yang menyifatkan komen itu sebagai paling menyakitkan hati.



Namun, cabaran yang dihadapi bukan setakat di situ.



Beliau pun perlu menghadapi pelbagai pertanyaan daripada saudara-mara, ulang-alik hospital, membuat janji temu dan kesukaran lain.



Namun, semua itu tinggal sejarah.



Kini, wanita itu sudahpun dikurniakan dua cahaya mata, Nadya Raessa Mohamad Rusly, empat tahun, dan Raees Nadym Mohamad Rusly, satu tahun.



Bukan, seorang, malah kededua anaknya dilahirkan menerusi IVF.



Menceritakan kembali pengalamannya mengharungi isu ketidaksuburan, Cik Nordian masih ingat cabaran yang perlu ditempuhinya.



Setelah baru mendirikan rumah tangga, beliau dan suaminya, Encik Mohamad Rusly Mohamad Tahar, 36 tahun, cuba secara aktif untuk mendapatkan anak selama setahun tetapi gagal.



Bermacam-macam cara sudah diusahakan termasuk makan suplemen, ubat herba, menjalani urut dan sebagainya.



Memandangkan usia mereka semakin lanjut, pasangan ini memutuskan membuat pemeriksaan kesihatan kesuburan.



Cik Nordian menekankan bahawa keinginan menjalani pemeriksaan itu tidak boleh bertepuk sebelah tangan dan memerlukan sokongan suami juga.



Mujur, suaminya, Encik Rusly, bersetuju.



Kaum Adam, menurut Encik Rusly, perlu memainkan peranan dengan mengetepikan ego mereka, kerana isu ketidak suburan ini tidak hanya bergantung kepada kaum Hawa.



"Matlamat saya adalah untuk ada anak, perlu lakukan terbaik, apa jua caranya... Jika IVF ini gagal pun, saya sedia cuba pilihan lain seperti anak angkat... Jadi kita cuba walaupun perjalanannya bukan laluan yang mudah," ujar eksekutif dalam bidang automotif itu secara positif.



Proses yang memakan masa sekitar dua tahun itu mendapati bahawa saluran telur (fallopian tube) Cik Nordian tersumbat, lantas bermakna satu-satunya cara untuk beliau mendapat cahaya mata adalah menerusi IVF.



Namun sebelum itu, Cik Nordian menjalani pembedahan sebelum menjalani rawatan IVF.



Sepanjang tiga tahun turun naik hospital dan bertungkus-lumus untuk mengandung, Cik Nordian masih ingat lagi tekanan yang menyelubungi dirinya setiap Hari Raya.



"Tiga tahun pertama saya baru berkahwin, orang tanya, tak nak ada anak ke? Orang berfikiran kami sedang membuat perancangan keluarga...



"Ada pula yang tak faham kenapa kami masih belum dapat anak walaupun sudah cuba selama tiga tahun," kongsi usahawan itu.



Setelah tiga tahun, Cik Nordian berjaya mengandung.



Beliau menggambarkan perasaannya yang "tidak dapat berkata-kata" dan sukar menjelaskan betapa gembira dan bersyukur hatinya ketika itu.



Tiga tahun kemudian, beliau melahirkan anak kedua, juga menerusi IVF.



Bagi setiap anak, kos perbelanjaan adalah sekitar $13,000.



Namun, setelah pembiayaan pemerintah dan bayaran menerusi Medisave, Cik Nordian hanya mengeluarkan sekitar $1,200.



Oleh kerana Cik Nordian amat memahami betapa sukarnya perjalanan ini dan bagaimana proses ini memerlukan rangkaian sokongan yang kuat, beliau telah menubuhkan kumpulan Facebook tertutup bagi IVF.



Bukan sahaja kerana ingin berkongsi pengalamannya, beliau juga mahu memperkasa kaum Hawa lain untuk berbual tentang isu ini, yang menurutnya tidak banyak dibincangkan secara terbuka.



Katanya:



"Saya mahu semua orang berkongsi jenis ketidaksuburan berbeza-beza dan bagaimana mereka atasi masalah itu dan perjalanan mereka... Pada masa yang sama, saya dapat pastikan mereka yang malu berkongsi dengan orang luar masih boleh dapat sokongan menerusi kumpulan ini."




APA KATA SUAMI



"Matlamat saya adalah untuk ada anak, perlu lakukan terbaik, apa jua caranya... Jika IVF ini gagal pun, saya sedia cuba pilihan lain seperti anak angkat... Jadi kita cuba walaupun perjalanannya bukan laluan yang mudah."
- Encik Encik Mohamad Rusly Mohamad Tahar.



APA KATA ISTERI



"Tiga tahun pertama saya baru berkahwin, orang tanya, tak nak ada anak ke? Orang berfikiran kami sedang membuat perancangan keluarga..."
- Cik Nordian Razali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >