JAKARTA: Pemerintah Indonesia tidak akan mengabaikan Jakarta selepas mengumumkan rancangan untuk memindahkan ibu kota negara itu ke Kalimantan Timur.

Sebaliknya, Menteri Perancangan, Bambang Brodjonegoro, berkata sebanyak AS$40 bilion ($55.5 bilion) telah diperuntukan untuk menaik taraf bandar raya itu dalam dekad akan datang.