Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

‘Jalan Jalan’ di pusat tukaran bas...

Jul 25, 2023 | 05:20 PM



Diilhamkan oleh kegiatan di ruang bersama di sepanjang Koridor Rel, ‘walk walk’ merupakan pameran dan video berkaitan tema berjalan.

Pameran di pusat tukaran bas Kampong Bahru itu dihasilkan seniman tempatan, Tan Pin Pin, yang mengubah ruang itu menjadi ‘meditasi’ pergerakan.

Barisan teks yang berbeza terletak pada alur siling berlainan dengan tujuan dilihat penumpang semasa melalui terminal pusat tukaran bas.

Jika dibaca bersama-sama, teks-teks itu ‘bergema bak bunyi tapak kaki’, seolah-olah menekankan irama berjalan.

Melalui pameran di pusat tukaran bas, Tan Pin Pin menggariskan idea tentang pergerakan yang bebas, sebagaimana berjalan kaki adalah ungkapan asas kebebasan ini, dan bagaimana pengangkutan awam seterusnya menyokong pergerakan kita.

Perkataan Cina yang bermaksud berjalan perlahan-lahan dipasang di dinding belakang berdekatan Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU), kawasan yang sering dikunjungi oleh kapten bas.

Sering digunakan sebagai frasa perpisahan, ia merupakan ungkapan ucapan selamat sejahtera kepada kapten bas yang membuat beberapa perjalanan setiap hari.

Dokumentari video yang dipasang di Pejabat TransitLink memaparkan beberapa individu membincangkan peranan berjalan dalam kehidupan mereka.

Pameran itu akan berlangsung sehingga 9 Mac 2025.

Video dokumentari ‘walk,walk’ akan ditayangkan setiap hari pada 10 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 4 petang dan 6 petang.

Pameran itu dipersembahkan oleh Muzium The Everyday dan Muzium Seni Singapura (SAM).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >