Topik diikuti
Pergi ke BHkuJalin kerjasama tiga pihak peringkat sektor untuk pertingkat kemahiran
Timbalan Perdana Menteri Encik Tharman Shanmugaratnam berkata kerjasama tiga pihak akan dibangunkan di peringkat industri untuk meningkatkan kemahiran dan daya penghasilan pekerja. Beliau berkata demikian di jamuan malam sempena Hari Buruh di Orchid Country Club kelmarin. Berikut sedutan ucapannya.
May 1, 2015 | 5:30 AM
Jalin kerjasama tiga pihak peringkat sektor untuk pertingkat kemahiran
KERJASAMA tiga pihak adalah penting bagi usaha SkillsFuture.
Pemerintah, kesatuan dan perniagaan mesti bersama-sama menghasilkan kerjasama cara baru, untuk mengenal pasti kemahiran yang diperlukan bagi masa depan, bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan penyedia latihan agar menghasilkan kursus bagi menyediakan rakyat Singapura dengan kemahiran ini, dan menjadikannya mudah dan bermakna kepada setiap orang menimbanya dalam apa jua peringkat usia.