KESAN PERUBAHAN IKLIM: Sedunia merana gara-gara
Kajian: Suhu lautan sedunia meningkat dengan lebih pantas
Perubahan iklim kini berada pada tahap amat membimbangkan dan bakal mengancam kesejahteraan penduduk dunia ekoran peningkatan mendadak gelombang panas. Perubahan iklim ini menakutkan penduduk dunia kerana saintis meramalkan pemanasan laut dan pencairan glasier boleh meningkatkan aras laut kepada antara tujuh dengan 23 inci (58.4 sentimeter) menjelang 2100 dan berkemungkinan negara kepulauan Pasifik ditenggelami air. BERITA HARIAN membentangkan risiko perubahan iklim global yang boleh mencetuskan bencana besar terhadap kehidupan manusia.
LONDON: Suhu lautan sedunia semakin meningkat dengan lebih pantas, sekali gus menunjukkan bahawa pemanasan global terus berlaku dan mengancam pelbagai hidupan marin serta bekalan makanan utama bagi planet Bumi.