Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Personaliti pilihan

Kami tabik anda! Wira dan srikandi di barisan depan

Pelbagai individu dan personaliti yang mewarnai halaman akhbar ini setiap hari, sepanjang minggu. Setiap personaliti melambangkan kisah berbeza; yang mencerminkan ketabahan, kesungguhan dan kejayaan – semuanya bertujuan menyuntik semangat dan sifat bangga dalam kalangan pembaca. Dalam sajian personaliti yang kami laporkan, panel editor BH/BM memilih seorang yang paling meninggalkan kesan.
Feb 23, 2020 | 05:30 AM



DISELUBUNGI kemelut koronavirus, ramai yang bimbang dan memencilkan diri.



Ada yang mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan orang lain dengan memborong pelitup dan bekalan keperluan asas seperti beras, mi segera dan kertas tandas sehingga rak-rak di pasar raya kontang.



Namun di tengah-tengah kebimbangan itu, terdapat golongan yang cekal dan tabah meneruskan tugas walau dibayangi bahaya terjangkit kuman koronavirus.



Mereka - termasuk doktor dan jururawat, pemandu teksi dan kereta sewa, pegawai keselamatan, dan mereka yang bersedia menghulurkan tenaga sukarela mengagihkan barang keperluan dan bekalan kepada golongan yang memerlukan - terus menggalas tugas di barisan hadapan.



Mereka menjadi contoh bahawa dalam apa jua keadaan, kehidupan mesti diteruskan, tugas mesti dilaksanakan dan orang yang berhak diberi keutamaan.



Mereka tidak wajar dipinggir atau disisihkan.



Sebaliknya, mereka boleh dianggap wira dan srikandi yang harus dihormati dan dihargai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >