JAKARTA: Ekonomi Indonesia berada dalam kedudukan yang lebih kukuh ketika memasuki 2018, sekali gus dilihat memperkasa Presiden Joko Widodo dalam menuju pilih raya presiden negara tersebut.

Setelah mencatat pertumbuhan melebihi 5 peratus pada setiap suku 2017, ekonomi diramal oleh pemerintah meningkat kepada 5.4 peratus pada 2018 - menjadi kadar terpantas dalam tempoh lima tahun.