Premium
Keharmonian di S'pura dihargai, harus dipertahan
Sedutan ucapan Presiden Halimah Yacob di Konvensyen Kebangsaan Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) di Pusat Konvensyen Suntec semalam.
Jan 28, 2018 | 5:30 AM

BERSIAP-SIAGA: Dalam ucapannya di Konvensyen Kebangsaan Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama semalam, Presiden Halimah Yacob menggesa tempat-tempat ibadat setempat dan pertubuhan keagamaan agar lebih bersedia dan menyiapkan rancangan persediaan sekiranya berlaku krisis. - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN -
"KERUKUNAN antara agama dan antara kaum membentuk dasar utama masyarakat berbilang budaya kita.
Tema hari ini 'Warga bersatu padu masyarakat utuh' mencerminkan falsafah penting ini. Sejak penubuhan kita sebagai sebuah negara, Singapura telah giat berusaha mengekalkan keamanan dan keharmonian.

