Keluarga terpisah antara dua negara; suami kandas di Kashmir
Premium
Keluarga terpisah antara dua negara; suami kandas di Kashmir
Jun 16, 2020 | 5:30 AM
TERUJA UNTUK BERTEMU SEMULA: Cik Rafeeda tidak sabar agar beliau dan anak-anaknya Mustaqeem Ahmad Wangnoo, dua tahun; Muneer Ahmad Wangnoo, tiga tahun dan Isyraf Mohammed, 17 tahun, dapat bertemu semula suami dan bapa mereka, Encik Manzoor Ahmad Wangnoo, 32 tahun, di India untuk menyambut Hari Raya Haji.- Foto ihsan RAFEEDA WANGNOO -
WALAUPUN menghadapi pelbagai cabaran dalam mengekalkan syarikat pelancongnya, Cik Rafeeda Wangnoo berharap dapat permulaan baru ketika Singapura melangkah ke fasa pertama pascapemutus litar.
Disebabkan banyak penerbangan dibatalkan sejak penularan Covid-19, pengasas bersama Global Travel Connect, syarikat pelancongan yang berpusat di India, Cik Rafeeda telah kehilangan sumber pendapatan utamanya.

