Premium
Kerjasama BH/BM dan DPPMS
Selain tugas kami mendidik, menyampaikan maklumat dan menghibur menerusi wadah cetak, digital, video dan podcast, BH/BM juga giat mendekati segenap lapisan pembaca menerusi pelbagai acara dan kegiatan. Berikut kami paparkan kegiatan yang kami anjurkan baru-baru ini.
Sep 8, 2019 | 5:30 AM
-
KAKITANGAN Berita Harian-Berita Minggu (BH/BM) dan anggota lembaga pengarah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah mengadakan sesi perbincangan di pejabat Kurnia@WGS (gambar atas).
Pertemuan itu, yang turut dihadiri Editor BH/BM, Encik Saat A. Rahman, adalah antara inisiatif berterusan antara BH dan DPPMS untuk meneroka peluang kerjasama dalam usaha menyokong para peniaga Melayu/Islam setempat.

