KEMBALI bertugas setelah meninggalkan Berita Harian tujuh tahun lalu, saya dapati muka depan bangunan, kerusi meja di pejabat nampak masih sama namun di sebalik permukaan, banyak bidang yang telah dan sedang berubah - termasuk perubahan dalam pelaksanaan kerjaya saya di syarikat ini.
Kali terakhir saya bertugas di bilik berita, tugas saya tertumpu kepada menghasilkan infografik bagi media cetak akhbar ini.