PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Kumpulan pelampau dari Afrika hingga ke Asia Tenggara kini semakin mengalihkan kesetiaan kepada Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), menurut Ketua Interpol, Encik Juergen Stock.
Trend baru itu bererti risiko pemerebakan konflik di luar Syria dan Iraq kini lebih besar, kata Encik Stock dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akhir Mei lalu, lapor Associated Press.