Khair himpun 52 puisi spontan dalam 'Langkah-Langkah Langka'
Premium
Khair himpun 52 puisi spontan dalam 'Langkah-Langkah Langka'
Jun 22, 2020 | 5:30 AM
KUMPULAN PUISI PERTAMA KHAIR: Selepas hampir berpuluh-puluh tahun berkecimpung sebagai penulis lirik, akhirnya Khair hadir dengan buku Langkah-Langkah Langka. Diterbitkan pada 2019 oleh syarikat Unggun Creative, buku ini mengandungi 52 puisi yang berada pada tahap tersendiri. - Foto ihsan MOHD KHAIR MOHD YASIN -
SEBAGAI insan yang sudah lama melibatkan diri dalam arena seni, Mohd Khair Mohd Yasin tentu sangat memahami tugasnya mendidik masyarakat melalui seni penulisan puitis.
Malahan, Khair sebelum ini pernah menghasilkan 150 lagu dan seni kata demi kepentingan muzik Melayu tanah air.

