RIYADH: Bagi Arab Saudi, perang terhadap Presiden Syria Bashar al-Assad adalah perjuangan penting bagi masa depan di Timur Tengah yang harus dilakukan - tetapi bukan dengan anak mudanya sendiri.
Bimbang melihat warganya yang pulang dari Afghanistan dan Iraq menyertai kumpulan pengganas Al-Qaeda sedekad lalu, Riyadh kini cuba menghentikan pengambilan warga Saudi daripada memasuki kumpulan militan di luar negara, walaupun negara itu terus memberi dana dan senjata kepada kumpulan pemberontak di Syria.