Penubuhan Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS), yang bakal menerima kohort mahasiswa pertama pada 2028, adalah satu lambang kebanggaan bagi masyarakat Melayu Islam di sini.
Ia bukan sahaja membuka peluang bagi generasi asatizah setempat mengikuti program siswa yang melengkapkan mereka dengan pengajian Islam dalam konteks yang diperlukan masyarakat majmuk, malah ia juga menunjukkan kesediaan pemerintah pimpinan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, untuk bekerjasama dengan masyarakat Melayu Islam mencapai matlamat yang dikongsi.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg