Topik diikuti
Pergi ke BHkuKrisis Iran beri kesan berat kepada Asia
Cara Teheran bertindak balas terhadap pembunuhan saintis nuklear terunggulnya tentu jejas Asia ekoran pertalian agama, politik, perdagangan dan pekerjaan
Dec 5, 2020 | 5:30 AM
Krisis Iran beri kesan berat kepada Asia
DI tengah-tengah kerisauan mengenai kesan pentadbiran Encik Joe Biden di Amerika Syarikat terhadap pendirian Amerika di Asia Timur, perkara yang sama penting berlaku di sudut benua yang lain yang mungkin boleh menjejas kita pada masa depan - pembunuhan saintis nuklear Iran dan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke atas Iran pada hari-hari terakhir pentadbiran beliau.
Dr Mohsen Fakhrizadeh terbunuh ketika dalam perjalanan bersama-sama isterinya ke pusat percutian yang popular dalam kalangan pegawai berjawatan tinggi.