Lagi 12,000 tempat pengecas di kejiranan HDB bakal dibina hasil tender
Premium
Lagi 12,000 tempat pengecas di kejiranan HDB bakal dibina hasil tender
Apr 10, 2022 | 5:30 AM

MATLAMAT: Tender berskala besar yang ditawarkan LTA dijangka boleh menyediakan tiga hingga 12 tempat pengecas di setiap tempat letak kereta HDB. - Foto fail -
PENAWARAN tender berskala besar bagi penubuhan tempat mengecas di semua tempat meletak kereta di kawasan HDB, akan membolehkan adanya tiga hingga 12 tempat pengecas setiap tempat meletak kereta menjelang 2025 bergantung kepada permintaan dan keupayaan elektrikal, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran) Dr Amy Khor,
Dengan penawaran tender oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) itu, ia bermakna akan terdapat tambahan 12,000 tempat mengecas kereta di sini, menurut Dr Khor lagi.

