Langkah antikomunis dan pengaruh luar tentera Indonesia cetus kebimbangan
May 20, 2016 | 05:30 AM
JAKARTA: Angkatan Tentera Indonesia secara terbuka kini mencetuskan kebimbangan awam mengenai komunisme dan "pengaruh asing".
Menurut pengkritik, langkah itu bertujuan membolehkan tentera memainkan peranan lebih besar dalam hal ehwal demokrasi yang ketiga terbesar di dunia itu.