Lawan pengganas harus bermula daripada ibu bapa
Jul 04, 2015 | 05:30 AM
BANYAK usaha telah dan sedang dijalankan pemerintah dan masyarakat Melayu/Islam bagi memerangi ideologi pelampau dan pengganas, termasuk militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), yang menyempang daripada ajaran Islam.
Penangkapan dua remaja Muslim berumur 17 dan 19 tahun di sini kerana dipengaruhi ideologi radikal menekankan lagi betapa usaha itu perlu digandakan.