KUNJUNGAN Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, ke makam kontroversial Yasukuni menjadi topik hangat dalam kebanyakan ruangan berita antarabangsa. Beliau perdana menteri Jepun pertama melakukan tindakan itu dalam tujuh tahun.
Di sebalik usaha pemulihan ekonomi Jepun, Encik Abe jelas memilih langkah nasionalistik dengan meneruskan lawatan itu hingga mencetuskan kecaman masyarakat antarabangsa, terutama China dan Korea Selatan.