Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Lebih 1,500 pekerjaan sektor runcit, F&B ditawarkan dalam pameran kerja

Jul 10, 2019 | 05:30 AM



BAGI menangani cabaran dalam industri runcit serta makanan dan minuman (F&B) yang dianggap sebagai "sektor intensif buruh", FastJobs telah meningkatkan kecekapan pengambilan pekerjaan dalam kededua industri dengan mengadakan Pesta Pekerja dan Pembelajaran 2019 - Dapat Pekerjaan dengan Pantas kelmarin.



Pesta anjuran bersama Institut Visi Latihan itu dibangunkan buat julung-julung kali.



Sepanjang dua hari berlangsungnya pesta itu, yang berakhir semalam, mereka yang sedang mencari pekerjaan ditawarkan pilihan pekerjaan daripada lebih 30 jenama industri runcit serta makanan dan minuman.



Antara syarikat itu termasuk McDonald's, KFC, Pandora, Breadtalk, Haidilao, Don Don Donki, Domino's, Levi's, Robinsons, 7 Eleven dan Cheers.



Syarikat-syarikat ini menawarkan hampir 1,500 pekerjaan kosong.



Pada hari pertama pesta itu, ia telah menjalankan lebih 600 temu duga yang telah dijadualkan terlebih dahulu mahupun yang telah dihadiri pencari kerja secara 'walk-in'.



Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga merupakan tetamu terhormat bagi pesta di Bedok Town Square itu, berkata:



"Ia sesuatu yang sangat menggembirakan untuk melihat rakan kongsi sektor swasta seperti FastJobs dan Institut Visi Latihan berganding bahu bersama Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) untuk memudahkan hasil pemadanan pekerjaan yang lebih besar untuk pencari kerja."



FastJobs menggunakan keupayaannya untuk mendekati pencari kerja dalam talian, mencipta kumpulan calon wawancara dan memudahkan wawancara bersemuka bersama syarikat yang mengambil bahagian di pesta itu sendiri.



Pengalaman dalam talian ke luar talian ini tidak seperti cara konvensional mendapatkan pekerjaan sebab ia membantu pencari kerja dan majikan meraih hasil yang produktif dalam bentuk wawancara, tawaran pekerjaan dan juga menandatangani kontrak pekerjaan.



Pesta tersebut juga memberi fokus untuk menjangkau warga Singapura bagi membantu majikan memenuhi kuota pekerja mereka dalam industri yang sukar untuk menarik dan mengekalkan bakat tempatan.



Selain itu, ia turut menyediakan maklumat mengenai kursus pembangunan yang berguna daripada Institut Visi Latihan dan WSG untuk pencari kerja.



Antaranya, program Kemahiran Sedia-Bekerja yang diperkenalkan Institut Visi Latihan untuk membantu meningkatkan kemahiran khidmat pelanggan dan teknologi dalam industri peruncitan serta makanan dan minuman.



SkillsFuture untuk Tempat Kerja Digital (SFWD) adalah satu lagi program yang akan mempersiapkan pelajar dewasa untuk perubahan minda dan kemahiran asas digital bagi menyesuaikan diri mereka bagi perubahan teknologi di tempat kerja.



"Berikutan kejayaan acara hari ini, saya berharap lebih banyak syarikat sektor swasta dan awam akan bekerjasama dengan FastJobs dalam pemasangan masa depan usaha ini supaya kita dapat mengurangkan kegelisahan pencari kerja dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi yang bakal kami hadapi," tambah Encik Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >