Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

SIRI LAPORAN ANTIDADAH: Kerjasama antara Berita Harian/Minggu dengan Biro Narkotik Pusat (CNB)

Mahasiswa NUS anjur program bagi remaja berisiko dalam usaha perangi dadah

Feb 24, 2019 | 05:30 AM



SEDAR akan kesilapan, bersepadu semula dengan masyarakat, dan nyala obor semangat.



Nilai ini yang ingin diterapkan sekumpulan mahasiswa yang gigih mendekati belia berisiko berusia antara 16 tahun dengan 21 tahun, dalam peperangan menentang gejala dadah yang membelenggu golongan ini.



Dinamakan #PARADIGMA2.0, projek anjuran mahasiswa daripada Persatuan Bahasa Melayu Universiti Nasional Singapura (PBMUKS) ini menyatukan 20 relawan lain serta lapan bekas pesalah dadah yang menjadi pendamping kepada belia berisiko yang ditempatkan di Pusat Pemulihan Masyarakat (CRC).



Projek ini turut mendapat sokongan daripada kempen 'Dadah Itu Haram', Badan Agama & Pelajaran Radin Mas (Bapa), FiTree, antara lain.



Diadakan buat kali kedua, #PARADIGMA2.0 kali ini mempunyai sentuhan lebih istimewa kerana bukan sahaja menyasarkan belia berisiko, bahkan mengundang keluarga mereka agar terlibat sama.



Tatkala dihubungi Berita Minggu, pengarah projek #PARADIGMA2.0, Encik Jefnilham Jamaludin, 23 tahun, menekankan pentingnya melibatkan ahli keluarga dalam acara sebegini.



"Kami ingin membuka dimensi baru dari segi interaksi antara belia berisiko dengan keluarga mereka menerusi kegiatan kami dengan mewujudkan wadah dan memberi peluang yang memecahkan benteng antara mereka," ujar pelajar tahun ketiga jurusan Kimia itu.



Diadakan selama tiga Sabtu berturut-turut, 2 Januari hingga 16 Februari, projek itu terdiri daripada fasa berbeza.



Bagi sesi pertama, bekas pesalah dadah turun padang untuk memberi ceramah secara berasingan kepada belia berisiko, dan juga ahli keluarga mereka.



Turut terlibat Encik Ramli Abdullah, 44 tahun, yang menjamah dadah semuda usia 12 tahun sehingga keluar masuk penjara enam kali, dan juga merupakan bekas kepala samseng.



"Dengan kehadiran abang-abang seperti saya, saya harap ini dapat menyedarkan belia berisiko agar tidak ulangi kesilapan kami. Program ini baik bagi meningkat pengetahuan golongan belia serta keluarga mereka bahayanya terjebak dalam kancah dadah dan samseng remaja," kongsinya yang kini pegawai operasi di Rumah Peralihah Jamiyah (Darul Islah).



Selain sesi perkongsian yang padat dengan teladan, 30 belia berisiko yang terlibat bersama keluarga mereka menyertai kegiatan masak-memasak yang menggabungkan relawan dan bekas pesalah di bawah satu bumbung studio memasak, Institut Allspice.



Dalam persekitaran yang menyeronokkan dan kompetitif, mereka secara berpasukan berentap dengan menghasilkan piza, stik keju dan biskut di bawah bimbingan cef profesional di sana.



Pengurus pentadbiran Allspice Insitute Pte Ltd, Cik Ana Eio, yang juga merupakan penyelaras acara, berkata beliau berbesar hati dapat turut sama menjayakan projek ini kerana dapat melihat belia ini "menyedari keupayaan mereka yang tersembunyi".



Projek #PARADIGMA2.0 ini menutup tirai dengan kegiatan kemasyarakatan menerusi pembersihan pantai serta berjalan kaki bersama keluarga.



Meskipun perancangan projek ini makan masa enam bulan, dan memerlukan kecekalan golongan mahasiswa NUS ini yang perlu mengimbangi pelajaran dengan komitmen mereka, Encik Jefnilham berkata ia berbaloi.



Berbekal tekad dan azam, mereka menggagahi cabaran dengan tujuan membuat "dunia ini lebih baik bagi belia berisiko dan berharap sedikit sebanyak sudah membakar semangat mereka supaya pulih".



Dalam pada itu, beliau berharap daya usaha seperti ini dapat memberi ilham kepada belia lain membuat kerja sukarela dan menekankan bahawa usaha menentang dadah tidak berhenti di sini.



Tambahnya: " Stigma dan stereotaip yang datang daripada masyarakat kita terhadap golongan ini perlu dihapuskan supaya kita lebih inklusif. Masyarakat Melayu/Islam perlu lebih relawan belia bagi memacu masyarakat, kerana kalau bukan kita, siapa?"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >