Premium
Sakit lutut akibat nahas berlarutan lebih 30 tahun
Datuk jalani pembedahan gantikan lutut kanan tahun lalu
Nov 8, 2021 | 5:30 AM
SELAMA hampir 20 tahun selepas kemalangan motosikal yang dialaminya, Encik Mohamad Zin Md Shariff, tidak pernah merasakan kesan serius pada lututnya yang terjejas.
Tanpa disedari insiden berlanggar dengan kereta itu mempercepatkan kesan kemudaratan osteoartritis yang dialaminya sepanjang dua dekad kemudian - sehingga lututnya terpaksa dibedah dan diganti baru tahun lalu.


