PANDANGAN
Menggaris perlunya perkukuh Muis
Supaya lebih sedia tangani pelbagai keperluan dan kerumitan persoalan kehidupan masa kini dan hari muka
Apr 07, 2019 | 12:00 AM
JIKA sekali air bah, sekali pantai berubah, bagaimana keadaannya jika 'bah' melanda berulang kali?
'Bah' yang merubah 'pantai kehidupan' di Singapura datang dari pelbagai arah - dalam bentuk sistem pendidikan, perkembangan sains dan teknologi, komputer dan Internet, pengangkutan, dan pelbagai lagi - yang mengubah landskap, gaya dan mutu kehidupan.