TERDAPAT semacam kepuasan buat Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) dan aktivis bahasa sesudah berlangsung Bulan Bahasa tahun ini - dari pertengahan Ogos hingga penghujung September.
Antara lain, kegiatannya kian meluas - daripada kegiatan berpusat di Muzium Tamadun Asia (ACM) ketika perasmian sehingga ke balai rakyat atau kelab masyarakat, perpustakaan awam dan di dua kawasan khusus, Jurong West dan Tampines.