Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

TVS MOTOR PTE LTD

Motosikal serba canggih

Dec 12, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT TVS Motor Pte Ltd merupakan pengeluar automobil terkemuka dari India, telah melancarkan kendaraan dua roda yang tercanggih di Singapura baru-baru ini.



Dalam kenyataan syarikat tersebut kepada Berita Harian (BH), pelancaran motosikal dengan kecanggihan yang tinggi ini - model TVS Apache RTS 200 4V dan TVS Apache RR 310 - tentunya telah menarik perhatian ramai penggemar motor di sini.



Bukan itu sahaja, kededua reka bentuk terbaru motor ini juga dilengkapi pelbagai pembaharuan dengan warna yang menarik.



Menurut kenyataan itu lagi, perasmian motosikal terbaru di Singapura ini merupakan satu langkah strategik oleh pihak syarikat dengan mengambil kira landskap yang ditawarkan, dan bagi memenuhi permintaan penggemar motor di sini.



Reka bentuk TVS Apache RR 310 bertujuan untuk perlumbaan. Manakala rangkaian TVS Apache RTS 200 4V pula bagi mereka yang meminati motor yang mampu memberikan prestasi yang baik di lebuh raya.



Syarkat itu berkata ciri-ciri unik TVS Apache RR 310 yang dianggap sebagai kenderaan terbaik, motosikal unggul itu dilengkapi kemudahan bagi penggunaan gajet seperti Bluetooth Enabled SmartXonnect dengan rekaan terperinci.



Motosikal ini juga dilengkapi dengan empat mod tunggangan - 'urban, rain, sport dan track'.



Kesemua mod ini memberikan pengalaman yang berbeza, dengan mengambil kira keadaan cuaca untuk memberikan prestasi optimum dan menawarkan enjin keselamatan dengan sistem brek antikunci (ABS).



Kelajuan maksimum motosikal ini adalah 160 kilometer/sejam (km/j) dalam mod Sport dan Track, manakala kelajuan 125 kilometer /sejam pula boleh digunakan untuk mod 'urban' dan 'rain'.



Seberat 174 kilogram, motosikal ini mampu memberikan penunggang keseimbangan ketika menaiki motor dan memecut dengan prestasi optimal.



Sementara itu, kenyataan itu juga menyatakan motosikal jenis TVS Apache RTS 200 4V ini pula dikategorikan sebagai motosikal premium, dan dilancarkan bagi meningkatkan minat penunggang setempat serta berasakan pengalaman dan keseronokan yang hebat.



Motosikal ini dilengkapi dengan tiga mod tunggangan - 'urban, sport dan rain'.



Ketiga-tiga mod ini boleh digunakan dalam perjalanan menggunakan butang mod yang tersedia pada bar pemegang.



Motosikal ini juga dilengkapi dengan teknologi lengkap RT-Fi Race Tuned Fuel dengan gabungan teknologi GTT (Glide Through Traffic).



Sistem GTT ini juga memudahkan pengguna motosikal untuk perjalanan yang lancar.



Dengan menggunakan sistem ampaian kenderaan atau suspension, di depan, jenis Showa, ia dilengkapi dengan pelarasan pramuat yang membolehkan penunggang motosikal untuk memilih antara tiga mod - tunggangan santai yang hebat atau mod riadah atau Sporty yang tersedia.



Suspension Showa ini boleh diubah, dan direka dalam bentuk ergonomik indah, dan memberi kedudukan stabil untuk pengguna motor tersebut.



Motor Apache RTR 200 4V FI inu juga menggunakan kuasa enjin 197.75cc slinder tunggal, 4-strok, 4-injap, enjin minyak dingin (oil-cooled engine), dipadankan dengan 5-kelajuan kotak gear.



Enjin ini juga mampu menghasilkan kuasa pengeluaran (output) yang maksimum 20.8 PS@9000 rpm dengan kelajuan tertinggi motosikal pada 127 kilometer/sejam.



Motor ini juga dilengkapi dengan tayar jenis Radial Rear Tyre, yang berprestasi tinggi dan direka tanpa kompromi.



Satu lagi ciri penting dan menarik adalah motor ini dilengkapi dengan sistem SmartXonnect yang menawarkan butang mengemudii, butang untuk membuat panggilan telefon/SMS dengan satu klik sahaja. Terpenting, Crash Alarm System atau Sistem Amaran Kemalangan turut tersedia.



Sistem keselamatan ini mampu untuk memberitahu kenalan pada pemilik motosikal tentang kemalangan yang berlaku dengan lokasi kemalangan dalam masa 180 saat.



"Motosikal ini tersedia dengan warna-warna yang menarik dan diminati ramai seperti biru (Matte Blue), putih (Pearl White) dan hitam (Gloss Black), dan berharga hanya $5,800 tiap satu.



"Pastinya motor jenis Apache RTR 200 4V FI ini membuka jalan baru lagi menarik pengguna motosikal di sini serta di pasaran antarabangsa,'' tambah kenyataan itu.




INFO



TVS Motor Pte Ltd terletak di Blok 3007, Jalan Ubi 1, #01-446, Singapura 408701.



Sila lungsuri laman http://tvsmotor.com/en/sg.



Anda juga boleh hubungi talian + 65 8819-6198 untuk informasi selanjutnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >