Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

'Muara Sayang' tampilkan penyair mapan dan baru sempena Pesta Penulis Singapura

Oct 09, 2016 | 05:30 AM



PEMINAT sastera kini berpeluang menyaksikan para penyair mendeklamasikan sajak dalam satu acara gah yang diadakan sempena Pesta Penulis Singapura.



Dinamakan Muara Sayang, ia menampilkan jagoan yang sememangnya diakui ketokohan dan sumbangan mereka dalam pengembangan puisi Melayu Singapura. Di antara penyair ini juga terdapat penyair 'hijau muda' yang turut sedia menunjuk bakat.



Mereka terdiri daripada Nadiputra, Mohd Raman Daud, Rafaat Hamzah, Adi Rahman, Rohani Din, Mohd Khair Mohd Yassin, Khalisah Khair, Daeng Amir Omar, Najib Soiman, Asnida Daud dan Noor Hasnah Adam.



Selain mereka, orang ramai juga berpeluang menyaksikan penyair lain seperti Karmin Abbas, Kamaria Buang, Ciung Winara, Suhaimi Nasrain, Jamal Ismail, Hamed Ismail, Siti Umaira, Nur Herman Maryuti, Faridah Taib dan beberapa lagi menghangatkan suasana.



Pada sesi yang menarik, meriah lagi interaktif ini, para penonton dan orang ramai dapat menikmati puisi Melayu dalam suasana yang santai.



Muara Sayang akan memaparkan semangat penyair Singapura dan tukilan karya mereka.



Acara ini berlangsung selama dua jam dari 4.30 hingga 6.30 petang pada 12 November ini di River Room, Muzium Tamadun Asia (ACM).



Himpunan penyair yang mendeklamasi sajak ini merupakan acara kemuncak. Sebelumnya, Pesta Penulis Singapura 2016 menampilkan beberapa sesi perbincangan bertemakan Sentuh Sayang, Tinggalpun Sayang.



Ia merupakan satu siri sidang yang bermula seawal 10 pagi, juga di River Room muzium tersebut, di mana orang ramai berpeluang mengikuti perbincangan yang berlegar dengan soal kemanusiaan yang mendasar dalam kehidupan dan kesusasteraan.



Antara acara ini termasuk Wacana: Perintis Sastera Melayu, yakni forum yang mengetengahkan sasterawan mapan seperti Maarof Salleh, Abdul Hamid Besih, Mohd Yusoff Abdul Rahman, Suratman Markasan, Sumardi Sarkawi dan Eunosasah.



Mereka merupakan penulis generasi perintis daripada Kumpulan Orang Bertujuh Temasek yang akan mengongsi pengalaman, inspirasi serta dorongan mereka dalam memekarkan lagi bidang penulisan Melayu Singapura dalam tahun-tahun 1970-an dan 1980-an.



Suasana dan latar belakang Singapura ketika itu menjadi ilham dalam mencetuskan karya mereka.



Enam penulis dan pemuisi ini akan mengimbas kembali kenangan dan cerminan mesej yang ingin mereka sampaikan menerusi karya cerpen mahupun sajak, yang kini mungkin tidak lagi diketahui ramai.



Forum ini dianjur bagi mengiktiraf sumbangan para penulis tersebut dalam dunia sastera Melayu Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >