PADA 20 Jun 2016, Furat Media - agensi media gabungan militan IS - menerbitkan edisi pertama Al Fatihin, sebuah akhbar yang khusus bagi penutur bahasa Melayu yang telah berhijrah dan menyertai kumpulan pengganas, khusus untuk mewujudkan Daulah Islamiyah (IS) di Asia Tenggara.
Menurut slogan "Surat Kabar Bagi Muhajirin Berbahasa Melayu Di Daulah Islamiyyah'', Al Fatihin akan berkhidmat kepada "militan asing'' Asia Tenggara sedia ada yang kebanyakannya dari Indonesia dan Malaysia.