Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

ULANG TAHUN KE-55 SINGAPURA

NDP kali ini mengingatkan sambutan waktu kanak-kanak

Aug 10, 2020 | 05:30 AM



SETIAP tahun, Hari Kebangsaan merupakan hari istimewa bagi keluarga saya.



Dahulu, semasa masih kanak-kanak lagi, semua sepupu saya akan berkumpul di rumah nenek pada setiap 9 Ogos.



Dari situlah kami dapat lihat dengan jelas helikopter yang membawa bendera negara, jet pejuang, Red Lions, dan yang paling kami suka - bunga api yang berdentam-dentum bertali arus di langit malam.



Waktu itu, Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) masih diadakan di Stadium Negara lama, dan pemandangan dari rumah nenek ke stadium tersebut tiada sebarang halangan.



Kemeriahan dan semangat yang terasa setiap kali tiba Hari Kebangsaan terbawa-bawa hinggalah saya dewasa dan memasuki alam pekerjaan.



Tahun-tahun sudah, saya dan rakan setugas lain akan bertemu jauh lebih awal sebelum bermulanya NDP.



Dengan berpakaian merah putih, dengan satu tangan memegang kamera dan mikrofon, dan satu tangan lagi memegang buku nota dan telefon bimbit, kami akan meronda-ronda daerah Pentas Terapung Marina Bay, Esplanade dan Padang untuk merakam suasana sambutan ulang tahun negara.



Jika terserempak sekumpulan orang Melayu, kami akan 'serbu' untuk dapatkan story - ada yang malu-malu, ada yang kecoh, tapi yang pasti semuanya bersemangat menyambut hari kemerdekaan Singapura bersama keluarga dan rakan-rakan.



Kemudian, kami akan terus bertugas sehingga malam, walaupun setelah NDP selesai kerana perlu mendapatkan reaksi peserta dan memastikan semua rencana bagi keesokan harinya siap dan sempurna untuk dicetak.



Walau penat, badan berpeluh dan rasa lekit, perasaan gembira dan puas hati memang ada.



Itulah yang saya rindui tahun ini.



Bohong kalau saya katakan saya tidak kecewa NDP tahun ini diadakan pada skala lebih kecil.



Namun, apa nak buat, kita semua akur Covid-19 telah mengubah segala rancangan dan kita faham penyesuaian terbaik mesti dilakukan.



Oleh yang demikian, sambutan NDP dibahagi-bahagikan di serata tempat agar semua warga Singapura dapat menikmati aspek berbeza NDP tahun ini.



Bagi mereka yang tinggal dekat dengan Hospital Besar Sengkang dan Hospital Besar Ng Teng Fong, dapatlah mereka menyaksikan Red Lions melakukan pendaratan.



Di seluruh negara, dari Bedok ke Bishan, Clementi ke Changi, orang ramai dapat melihat kontinjen kenderaan memandu lalu di estet-estet perumahan mereka.



Pertunjukan bunga api pula telah diadakan di 10 termpat termasuk Ang Mo Kio, Jurong Lake Gardens, Punggol dan Tampines.



Acara pada sebelah malam, yang diadakan di Pusat Seni Pementasan The Star, telah menampilkan filem dan persembahan bakat-bakat Singapura dan rakyat Singapura telah digalakkan mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan virtual.



Pastinya berbeza NDP tahun ini berbanding tahun-tahun sudah.



Menyaksikan sendiri secara langsung persembahan tarian dan nyanyian di stadium atau Padang dikelilingi warga setanah air amat berbeza daripada menonton persembahan di kaca televisyen.



Namun saya sedar, menyambut ulang tahun ke-55 negara dalam keadaan selamat dan selesa di rumah sambil menikmati makanan tidaklah seburuk yang disangkakan.



Di rumah, kami tidak berpeluh dan melekit kerana ada kipas angin.



Di rumah, kami dapat duduk (atau baring) dengan selesa, nak tukar-tukar tempat duduk pun boleh.



Di rumah, kami dapat bersama bukan sahaja keluarga, malah jiran tetangga yang turut menyambut Hari Kebangsaan bersama.



Yang paling hebat, di rumah, kami hanya perlu 'off' televisyen sahaja setelah selesai NDP dan tidak perlu berasak-asak ke stesen MRT terdekat untuk pulang ke rumah.



Walaupun pada awalnya saya sedikit kecewa NDP tahun ini tidak seperti biasa, semalam saya rasa seperti ada hikmah di sebalik sambutan yang lebih sederhana tahun ini.



NDP 2020 agak sentimental juga.



Apakan tidak, menyambutnya di rumah membuat saya terkenang sambutan NDP di rumah nenek bertahun dahulu.




"Walaupun pada awalnya saya sedikit kecewa NDP tahun ini tidak seperti biasa, semalam saya rasa seperti ada hikmah di sebalik sambutan yang lebih sederhana tahun ini.



NDP 2020 agak sentimental juga.



Apakan tidak, menyambutnya di rumah membuat saya terkenang sambutan NDP di rumah nenek bertahun dahulu."
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >