Topik diikuti
Pergi ke BHkuPakar gesa pengguna lebih waspada, fahami alat teknologi
Pakar gesa pengguna lebih waspada, fahami alat teknologi
SEDANG rakyat Singapura memanfaatkan lebih banyak alat teknologi bijak dalam kehidupan seharian, seperti kamera keselamatan di dalam rumah, mereka harus lebih berwaspada tentang ciri-ciri keselamatan dan menggunakan kata laluan yang lebih kukuh, kata pakar teknologi.
Jurutera huraian global di syarikat keselamatan teknologi maklumat (IT) Sophos, Encik Aaron Bugal, berkata mana-mana alat bijak yang memerlukan ketersambungan kepada telefon bimbit atau rangkaian tanpa wayar tempatan hampir pasti akan menggunakan Internet untuk beroperasi.
