Premium
Pelan NTUC sokong pekerja dapat terus diperkukuh
Pemimpin kesatuan yakin dengan kekal sebagai Setiausaha Agung Chee Meng dapat sempurna usaha yang dirintis
Jul 19, 2020 | 5:30 AM
TRANSFORMASI yang dijalani sesebuah syarikat untuk membolehkannya kekal relevan dengan ekonomi yang berubah mungkin kurang berkesan jika pekerjanya tidak turut mempertingkatkan kemahiran.
Oleh itu, pergerakan buruh tahun lalu mengorak langkah membentuk jawatankuasa latihan syarikat (CTC) di sekitar 1,000 syarikat bagi mengenal pasti jenis latihan dan kemahiran yang diperlukan pekerja untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan transformasi industri.

