Perkataan penggodam sering dikaitkan dengan penjenayah yang cuba menembusi sistem komputer bagi niat jahat sama ada mahu mencuri data, wang atau menyebabkan gangguan kepada rangkaian komputer. Namun ada juga penggodam beretika yang berusaha menembusi sistem komputer demi mencari bug atau kelemahan supaya pembetulan pada sistem dapat dilaksanakan. BERITA HARIAN meninjau cara menjadi penggodam beretika atau juga dikenali dengan nama 'white hats'.
PADA usia 19 tahun, warga Argentina Santiago Lopez, merupakan penggodam beretika pertama dalam dunia menjadi jutawan setelah berjaya mengesan pelbagai bug atau kelemahan dalam sistem komputer.