Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerbicaraan salah guna kuasa tidak mungkin berkesudahan Trump disingkir
Perbicaraan salah guna kuasa tidak mungkin berkesudahan Trump disingkir
Perbicaraan salah guna kuasa tidak mungkin berkesudahan Trump disingkir
PERBICARAAN DIJANGKA AWAL TAHUN DEPAN: Tiada tarikh muktamad ditetapkan, namun ramai berpandangan bahawa perbicaraan Encik Donald Trump bakal bermula seawal minggu kedua Januari. - Foto AFP -
Dec 24, 2019 | 5:30 AM
WASHINGTON: Encik Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat ketiga dalam sejarah yang didakwa menerusi perbicaraan di Dewan Senat atas kesalahan menyalah guna kuasa, menyusuli undian oleh Dewan Perwakilan.
Pengundian 230-197 pada Rabu lalu berakhir dengan hampir kesemua wakil Demokrat mengundi menyokong dakwaan, manakala kesemua wakil Republikan menolak.
