Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Perlu luang masa untuk diri sendiri bagi kurang tekanan seharian

Jan 02, 2022 | 05:30 AM



SEMALAM saya telah berjalan satu pusingan di taman sekitar rumah saya.



Dalam masa 10 minit itu, saya dapatlah menghirup udara segar, melihat keadaan sekeliling dengan lebih teliti, menenangkan minda dan memikirkan apa yang perlu saya lakukan pada hari tersebut.



Saya fikir mahu melakukan pusingan kedua, tetapi kali ini, anak saya yang di sekolah rendah, sudah pun bangun dan ingin turut serta.



Dalam pusingan kali ini, saya perlu melayan segala soalan 'random' atau rambang anak saya itu.



Masa untuk diri sendiri atau me time telah terbantut dan bertukar pula menjadi masa mengeratkan hubungan dengan anak.



Kalau pada hari-hari biasa, dengan bekerja dari rumah (WFH) dan anak-anak saya yang perlu belajar dari rumah (HBL), masa me time itu terus lenyap.



Saya perlu melihat komputer skrin bagi melakukan kerja tetapi pada masa yang sama, melihat kerja sekolah anak-anak saya, masak setakat 'ala kadar' sahaja dan curi-curi masa membuat kerja rumah lain yang tertunggak.



Selepas mereka masuk tidur, adakalanya saya akan meneruskan tugas sehingga larut malam kerana ia merupakan satu-satunya masa yang saya boleh habiskan kerja tanpa sebarang gangguan.



Pendek kata, 'kirim salam' saja pada masa untuk diri sendiri!



Satu tinjauan yang pernah dilakukan khidmat penghantaran makanan Munchery di Amerika Syarikat terhadap 2,000 ibu mendapati, para ibu hanya mempunyai masa untuk diri mereka sendiri selama 32 minit sahaja setiap hari.



Aktiviti me time ini melibatkan apa jua aktiviti yang dilakukan si ibu tetapi bukan untuk orang lain.



Ini juga tidak perlu sesuatu aktiviti yang menyeronokkan atau over the top.



Aktiviti sendiri termasuk berehat sambil melihat media sosial, bersenam sendirian, menonton drama Korea atau jika anda mahu melakukan sesuatu yang 'mewah', tidur sebentar.



Satu laporan dari The New York Post juga menyatakan, hampir satu pertiga ibu bapa yang bekerja, mempunyai peluang untuk memperuntukkan masa bagi diri sendiri, hanya selepas mereka telah menghabiskan masa 18 jam sehari untuk kerja, penjagaan anak-anak dan kerja rumah.



Tuntutan kehidupan moden hari ini memang banyak dan luar biasa.



Lebih-lebih lagi dengan WFH, ada yang merungut sempadan antara kerja dengan rumah menjadi semakin pudar kerana ada kalanya kita sering mengutamakan keperluan orang lain sebelum diri sendiri kerana kita tidak mahu dilihat sebagai mementingkan diri sendiri atau rasa bersalah jika kita tidak melakukan demikian.



Tetapi jika kita tidak mengutamakan masa sendiri, kita akan menjadi lebih penat, keletihan dan sering dalam keadaan kelam kabut.



Akibat tekanan ini, ia pastinya akan meningkatkan paras tekanan.



Justeru saya bertekad memperuntukkan sedikit masa untuk diri saya sendiri, dan selalunya masa itu adalah sebelum tidur atau selepas anak-anak saya tidur.



Masa ini, saya akan gunakan untuk lungsuri media sosial, masukkan produk yang ingin dibeli dalam cart (ala-ala window shopping) atau jika tidak begitu mengantuk, membaca buku.



Apabila ada masa terluang, saya akan keluar bersenam dan berjalan bersama teman, pergi ke salun rambut atau memanjakan diri dengan membeli makanan pencuci mulut atau bubble tea.



Inilah cara saya menenangkan diri agar dapat mengurangkan tekanan sebelum kembali melakukan apa yang perlu dilakukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >