Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Pertingkat manfaat tenaga suria kurangi gas cemar sekitaran

Jun 29, 2019 | 05:30 AM



Usaha memanfaatkan tenaga suria kian meningkat dengan pemerintah menerajui beberapa inisiatif untuk menggunakan tenaga bersih itu demi mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan gas rumah hijau akibat pembakaran bahan api fosil. Berita Harian menyusuri antara usaha pemerintah dan sektor swasta memanfaatkan tenaga suria.




PENGGUNAAN sumber tenaga konvensional seperti bahan api fosil untuk menjana tenaga di negara ini mengakibatkan pelepasan karbon dioksida dan gas rumah hijau yang lain. Ini juga menyumbang kepada perubahan iklim.



Sebaliknya penggunaan sumber tenaga bersih seperti tenaga suria atau solar dapat membantu Singapura memenuhi keperluan tenaga sambil meminimumkan kesan alam sekitar.



Namun oleh kerana ruang tanah kecil, lokasi geografi dan sifat fizikal negara ini menjadikannya sukar Singapura menggunakan sumber tenaga yang lain.



Sebagai contoh, negara ini tidak mempunyai ciri-ciri semula jadi yang diperlukan untuk menggunakan alternatif bukan fosil seperti tenaga hidroelektrik, tenaga angin dan tenaga geoterma.



Oleh itu Singapura terpaksa bergantung kepada import bahan api fosil untuk keperluan tenaga dan mempunyai akses terhad kepada sumber tenaga alternatif.



Kuasa suria merupakan salah satu sumber tenaga boleh diperbaharui yang boleh di manfaat.



Dalam hal ini Singapura sedang meneroka penggunaan tenaga suria sebagai sumber tenaga alternatif.



Satu usaha utama dalam memanfaatkan tenaga bersih itu ialah pemasangan panel suria di bangunan flat HDB dan bangunan pemerintah.



Disember lalu HDB telah menawarkan tender keempat di bawah program Solar Nova bagi pemasangan panel suria di 1,218 blok HDB dan 49 tapak pemerintah.



Dengan tender tersebut, HDB mempunyai komitmen menjana 230 megawatt-peak (MWp) bagi lebih 4,550 blok HDB, melebihi matlamat mencapai 220 MWp menjelang 2020.



HDB juga dijangka mencapai matlamat memasang atau mengenal pasti 5,500 blok HDB bagi pemasangan panel suria menjelang 2020.



Pemasangan panel suria tidak terhad pada blok HDB sahaja, bahkan agensi itu juga mempunyai rancangan meneroka penyelidikan baru bagi menjana tenaga suria di laut bagi mengatasi keterbatasan ruang di Singapura.



Selain HDB terdapat juga usaha agensi lain untuk memanfaatkan tenaga suria.



Agensi air negara PUB misalnya merancang melaksanakan sistem solar photovoltaic (PV) di Kolam Air Tengeh menjelang 2021.



Sistem 50 megawatt-peak (MWp) itu, jika dipasang, akan menjadi sistem suria PV terapung besar-besaran Singapura pertama dan antara yang terbesar di dunia, menurut kenyataan yang dikeluarkan PUB.



Setelah siap, sistem terapung tersebut akan menjana tenaga hijau untuk rawatan air dan dijangka mengimbangi 7 peratus daripada keperluan tenaga masa kini PUB, sambil mengurangkan jejak karbon negara.



Oleh kerana tenaga suria tidak melibatkan pembakaran bahan api fosil, ini bermakna sistem suria PV terapung di Tengeh itu dapat menghapuskan penghasilan 28,000 tan karbon dioksida setiap tahun ia beroperasi.



Jumlah tersebut sama seperti mengurangkan sebanyak 6,000 kereta dari jalan raya, kata PUB.



Sementara itu, PUB juga sedang dalam proses melaksanakan dua lagi sistem suria PV terapung pada skala yang lebih kecil iaitu sekuat 1.5MWp di Kolam Air Bedok dan Lower Seletar.



Tender pembinaan bagi kedua-dua projek tersebut sudah ditutup dan akan diberikan pada suku ketiga tahun ini.



Sistem-sistem itu dijangka siap menjelang awal tahun depan.



"PUB sedang melaksanakan sistem solar PV secara aktif di bumbung infrastruktur air kami dan juga di Kolam Air air kami untuk menghasilkan tenaga yang boleh diperbaharui dan mengurangkan jejak karbon kita.



"Jika sistem terapung di Kolam Air Bedok, Lower Seletar dan Tengeh selesai, PUB akan mempunyai jumlah keupayaan solar sebanyak 57 MWp," kata PUB.



Jumlah itu adalah signifikan dan berupaya menyediakan tenaga suria yang cukup bagi 15,500 flat HDB 4-bilik bagi setahun, tambahnya.



Buat masa ini, Singapura mempunyai sistem solar di bumbung yang dipasang di Choa Chu Kang Waterworks, Bedok Waterworks, PUB WaterHub, Loji Penyahgaraman Tuas dan Loji Penambakan Air Changi.



Selain agensi pemerintah, sektor swasta juga giat memanfaatkan tenaga suria. Sembcorp Industries (Sembcorp) telah menandatangani perjanjian jangka panjang dengan Experia Events untuk memasang, memiliki dan mengendalikan panel suria bumbung di Pusat Pameran Changi (CEC).



Panel suria itu mampu menjana sehingga 6.3 megawatt kuasa elektrik.



Didirikan di kawasan seluas 30 hektar, CEC ialah prasarana berbilang dimensi yang telah megadakan pelbagai cara gaya hidup, sukan dan pameran penerbangan utama di Singapura. Sistem tenaga suria bumbung ini, yang merangkumi lebih 15,000 panel suria akan dibina di bumbung dewan pameran seluas 40,000 meter persegi.



Ia akan menjana kuasa untuk menjalankan operasi CEC dan sebarang lebihan kuasa yang dijana akan disalurkan ke grid elektrik.



Apabila sistem tenaga suria lengkap dipasang pada November 2019, ia dijangka menghasilkan lebih 7,840 megawatt jam kuasa setiap tahun. Jumlah kuasa ini mampu menampung keperluan elektrik lebih 1,750 flat HDB empat bilik HDB setahun.



Sistem tenaga suria ini juga akan membantu mengelak pengeluaran lebih 3.2 juta kilogram karbon dioksida setahun, serupa dengan 'penjimatan' pengeluaran karbon dioksida dengan mengurangkan sekitar 715 kereta di jalan raya atau menanam lebih 39,000 pokok.



Sebuah lagi badan swasta, JTC pula telah melancarkan program untuk menjana kuasa suria dari sistem suria PV yang dipasangkan di tanah lapang di Jurong Island.



Loji itu mula beroperasi pada Mei 2019. Fasa 1 program SolarLand boleh menjana sehingga 6.4 Wat sejam tenaga guna semula setiap tahun, yang serupa dengan jumlah tenaga yang diperlukan 1,475 flat HDB empat bilik dalam setahun.



Usaha ini dianggarkan mengurangkan sekitar 2,700 tan pengeluaran karbon setiap tahun.



Dengan itu Singapura secara beransur dapat mempertingkat manfaat tenaga bersih demi mengurangkan pelepasan gas yang boleh mencemar udara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >