Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Era ‘Zoom’ buat lebih ramai orang kurang puas hati dengan penampilan sendiri

Oct 15, 2023 | 05:32 AM



Pandemik Covid-19 membawa era baru ketersambungan digital: Dalam ketiadaan perhimpunan secara bersemuka, ramai orang sebaliknya mendapati diri mereka bersemuka dengan rakan sekerja dan orang tersayang melalui skrin.

Persidangan video, atau video-conferencing, telah memberikan banyak manfaat dan kemudahan. Bagaimanapun, tidak mengejutkan ada beberapa aspek negatif apabila kita sentiasa melihat diri kita di skrin.

Sebelum pandemik, kajian menunjukkan bahawa pakar bedah melihat peningkatan dalam bilangan pesakit yang meminta perubahan imej mereka supaya wajah mereka kelihatan sepadan dengan gambar yang ditapis atau diubah di aplikasi media sosial.

Kini, beberapa tahun selepas pandemik, pakar bedah melihat ledakan baru dalam permintaan pembedahan kosmetik yang berkaitan dengan persidangan video.

Dalam satu kajian prosedur kosmetik semasa pandemik, 86 peratus pakar bedah kosmetik melaporkan persidangan video sebagai sebab yang paling biasa bagi keprihatinan kosmetik dalam kalangan pesakit mereka.

Meskipun banyak aspek kehidupan telah kembali kepada beberapa versi normal sebelum pandemik, jelas bahawa persidangan video dan media sosial akan bersama kita untuk masa depan yang boleh dilihat.

Oleh itu, apakah maksud kepuasan penampilan dan berdamai dengan imej yang mencerminkan diri kita?

Selama 10 tahun yang lalu, saya telah bekerja sebagai seorang pakar dalam kecelaruan obsesif kompulsif (OCD), gangguan pemakanan dan kebimbangan. Sejak pandemik, saya juga telah melihat semakin ramai klien terapi yang melaporkan bahawa mereka bergelut dengan keprihatinan berhubung penampilan yang berkaitan dengan perbualan melalui video dan media sosial.

TUMPUAN RASA TIDAK PUAS HATI PADA IMEJ DAN PENAMPILAN

Setiap orang mempunyai tanggapan dan pemikiran tentang penampilan mereka. Ini mungkin neutral, negatif atau positif. Kita semua memandang diri kita di cermin dan mungkin juga pernah mengalami rasa susah hati melihat bayang kita.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pada penampilan. Keasyikan dengan pemikiran, perasaan atau imej penampilan diri seseorang dikaitkan dengan tindakan “merenung cermin”, atau merenung bayang seseorang.

Penyelidik berpendapat bahawa jenis perhatian yang bertumpu pada diri sendiri terpilih dan merenung bayang sendiri boleh membawa kepada obsesi negatif pada sifat-sifat tertentu atau kelemahan kecil, yang seterusnya memperhebatkan keasyikan dengan sifat-sifat ini.

Faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada rasa tidak puas hati pada penampilan termasuk keyakinan diri yang rendah, kepercayaan masyarakat mengenai penampilan, pengaruh rakan dan ibu bapa, perangai dan kecenderungan genetik kepada keadaan kesihatan mental.

Rasa tidak puas hati pada penampilan dan penilaian negatif diri dikaitkan dengan kemurungan, keyakinan diri yang lebih rendah, pemikiran negatif yang lazim dan kebimbangan sosial yang meningkat.

Apa lagi, kajian menunjukkan bahawa keasyikan ini boleh menyumbang kepada perkembangan gangguan pemakanan, seperti sering menyekat pengambilan makanan atau bersenam tanpa makan.

KESAN ZOOM

Dengan meluasnya mesyuarat Zoom, panggilan FaceTime, selfie dan perbuatan selalu mendokumentasikan kehidupan kita di media sosial, akses kepada imej kita sendiri sering tidak dapat dielakkan.

Dan bagi sesetengah orang, ini boleh meningkatkan perasaan tidak puas hati pada penampilan yang mungkin lebih sepintas lalu sebelum era Zoom.

Sejak pandemik, masa skrin telah meningkat bagi kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak.

Apa yang lebih buruk, penyelidikan baru-baru ini menunjukkan bahawa refleksi video dan gambar yang kita lihat bagi diri kita sendiri telah diputarbelitkan.

Persidangan video, mengambil swafoto dan memuat naik di media sosial adalah kegiatan berasaskan visual dengan penampilan sering menjadi tumpuan utama. Kesemua mereka mempunyai persamaan bahawa imej seseorang sama ada hidup atau dikongsi dengan cara yang segera.

Mungkin tidak menghairankan, platform berasaskan imej ini telah banyak dikaitkan dengan rasa tidak puas hati terhadap penampilan, kebimbangan, kemurungan dan gangguan pemakanan.

Satu kajian mendapati bahawa mereka yang terlibat dalam lebih banyak perbandingan penampilan dalam persidangan video – maksudnya mereka yang melihat penampilan orang lain semasa panggilan video dan membandingkan penampilan mereka sendiri dengan orang lain – mengalami kepuasan terhadap penampilan yang lebih rendah.

Kajian ini juga mendapati bahawa orang-orang yang menggunakan ciri-ciri menyunting gambar pada platform perbualan video lebih cenderung membandingkan diri mereka dengan orang lain dan meluangkan lebih banyak masa melihat diri mereka dalam panggilan video.

Satu perkara unik tentang persidangan video adalah ia membolehkan orang ramai mudah membandingkan diri mereka dengan orang lain dan menonton diri sendiri berkongsi dan bercakap dalam masa nyata.

Satu kajian 2023 mendapati bahawa rasa tidak selesa dengan penampilan seseorang semasa persidangan video membawa kepada peningkatan obsesis pada penampilan, yang seterusnya membawa kepada prestasi kerja yang terjejas.

Penyelidik juga menyarankan bahawa rasa tidak puas hati pada penampilan dikaitkan dengan keletihan mesyuarat secara maya.

Penyelidikan ini melaporkan bahawa ini mungkin disebabkan oleh perhatian kepada diri sendiri yang negatif, beban kognitif dan kebimbangan direnung oleh orang atau dinilai secara negatif berdasarkan penampilan.

Perkara terakhir ini ketara kerana cabaran yang dialami individu dalam persidangan video untuk menentukan di mana pengguna lain sedang melihat.

Menggunakan konsep “spotlight” (tumpuan utama) – kecenderungan kita sebagai manusia untuk menganggarkan secara berlebihan bagaimana orang lain menilai penampilan kita – kesukaran ini boleh membawa kepada lebih banyak kebimbangan dan individu yang mempercayai bahawa orang lain sedang menilai penampilan mereka semasa panggilan video.

CARA MENGATASI RASA TIDAK PUAS HATI PADA PENAMPILAN DALAM ERA DIGITAL

Jika anda mendapati diri anda mengkritik penampilan anda setiap kali anda dalam panggilan video, ia mungkin masa untuk menilai hubungan anda dengan penampilan anda dan mendapatkan bantuan ahli terapi yang berkelayakan.

Berikut adalah beberapa soalan yang perlu dipertimbangkan untuk membantu menentukan sama ada corak pemikiran atau tingkah laku anda bermasalah:

- Berapa banyak masa saya dihabiskan memikirkan tentang penampilan saya?

- Apakah jenis tingkah laku yang saya lakukan tentang penampilan saya?

- Adakah saya berasa tertekan jika saya tidak melakukan tingkah laku ini?

- Adakah tingkah laku ini sejajar dengan nilai-nilai saya dan bagaimana saya mahu menghabiskan masa saya?

Satu lagi strategi adalah dengan sengaja memberi tumpuan pada apa yang orang lain katakan dalam persidangan video dan bukannya mengintip wajah anda sendiri.

Berhubung usaha membantu orang lain yang mungkin bergelut dengan rasa tidak puas hati pada penampilan, adalah penting untuk memberi tumpuan kepada sifat-sifat semula jadi orang itu di luar penampilan.

Orang ramai harus sedar akan komen mereka, walau jika mereka berniat baik sekalipun.

Komen negatif tentang penampilan telah dikaitkan dengan keyakinan diri dan kesihatan mental yang semakin teruk . Apabila melihat diri anda atau rakan anda di video dan media sosial, cuba tumpukan perhatian pada orang itu secara keseluruhan dan bukan hanya pada bahagian tubuh, seperti wajah.

Mengurangkan masa skrin boleh membuat perbezaan juga. Penyelidikan menunjukkan bahawa mengurangkan penggunaan media sosial sebanyak 50 peratus boleh meningkatkan kepuasan hati terhadap penampilan dalam kedua-dua remaja dan orang dewasa.

Apabila digunakan secara sederhana, persidangan video dan media sosial adalah alat untuk menghubungkan kita dengan orang lain, yang akhirnya adalah bahagian utama dalam kepuasan hati dan kesejahteraan.

Emily Hemendinger ialah Penolong Profesor Psikiatri di Kampus Perubatan Anschutz Universiti Colorado. Komentar ini kali pertama diterbitkan dalam laman The Conversation.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >