Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN WARTAWAN

Pesta penulis beri ruang masyarakat dekati, hargai sastera

Oct 09, 2016 | 05:30 AM



SEMPENA Pesta Penulis Singapura (SWF) 2016, Berita Harian tampil dengan tiga acara sastera - bukan hanya bertujuan memartabatkan persuratan Melayu tanah air, malah lebih penting lagi memperkenalkan seramai mungkin penulis, pujangga, seniman, seniwati, sasterawan, penyajak, penyair, pemantun Melayu tanah air kepada masyarakat Singapura.



Tujuannya hanya satu, agar kesusasteraan moden Melayu hari ini bukan sahaja diakui, bahkan diterima dan dihargai masyarakat majmuk negara ini.



Dengan cara ini, bakat yang ada dapat dikembangluaskan ke peringkat nasional dan tidak hanya terbendung dalam satu kolah kecil sahaja.



Daya usaha ini dilakukan dengan kerjasama Majlis Seni Kebangsaan (NAC). Untuk itu, sokongan orang ramai amat diperlukan bagi menghadiri acara sastera yang diadakan, sama ada yang berbayar ataupun percuma.



Untuk acara berbayar, Malam Lawak Sastera, yang diadakan pada 8 malam, 5 November ini di Panggung Victoria, menampilkan M Saffri A Manaf, GT Lye, Norsiah Hamid, Junaidah Eksan, Zainal Ihim dan Ariff Esa.



Ia merupakan satu pementasan drama radio bertajuk Sayang Di Sayang yang memaparkan kisah dua keluarga yang cuba mengahwinkan si bujang terlajak dan andartu.



Pementasan ini membolehkan penonton menyaksikan sebuah pementasan yang mencakupi pelbagai genre sastera Melayu - syair, pantun, sajak, seloka dan drama - selain melihat secara dekat bagaimana drama radio dihasilkan dengan penggunaan pelbagai alat kesan bunyi.



Kelebihan pementasan ini terletak kepada pengalaman luas para pelakonnya, yang jika dihitung sekali gus, berpengalaman lebih 100 tahun dalam pementasan teater.



Tiket untuk acara ini, berharga $30 setiap satu, boleh didapatkan di kaunter Sistic atau menerusi pembelian dalam talian di http://www.sistic.com.sg/events/cswf2016d



Acara percuma seperti Wacana: Perintis Sastera Melayu dan Muara Sayang, yang kedua-duanya akan diadakan pada 12 November di Muzium Tamadun Asia (ACM), memberi peluang kepada orang ramai 'bermesra' dengan para penulis, pujangga, seniman, seniwati, sasterawan, penyajak, penyair, pemantun Melayu kita ini. Bak pepatah: Tak kenal maka tak cinta.



Acara Wacana: Perintis Sastera Melayu menampilkan penyair dan sasterawan mapan: Maarof Salleh, Abdul Hamid Besih, Mohd Yusoff Abdul Rahman, Suratman Markasan, Eunosasah dan Sumardi Sarkawi, berlangsung dari 2.30 hingga 4.15 petang di River Room, ACM.



Mereka akan mengongsi pandangan dan pengalaman sepanjang perjalanan mereka menyusuri suka duka dunia penulisan.



Generasi muda tentunya dapat mencedok pelbagai panduan dan iktibar daripada mereka.



Orang ramai yang hadir akan turut menerima makalah yang memaparkan pilihan sajak mereka dalam dwibahasa, Melayu dan Inggeris.



Acara Muara Sayang pula diadakan pada 4.30 petang, juga di River Room.



Ia adalah kemuncak yang menyaksikan nama-nama besar mendeklamasikan sajak mereka: Rafaat Hamzah, Mohd Raman Daud, Nadiputra, Adi Rahman, Mohd Khair Mohd Yassin, Asnida Daud, Norhasnah Adam, Rohani Din, Najib Soiman, Herman Rothman, Jamal Ismail dan ramai lagi.



Menerusi pendekatan sebegini, diharapkan buku yang diterbitkan penulis kita dapat dijual, dibeli, diterima, dibaca masyarakat dan sekali gus, merancakkan lagi aspek ekonomi persuratan Melayu Singapura.



Untuk SWF 2016 ini, Berita Harian menerusi tiga acara ini menampilkan lebih 35 penulis, sasterawan, seniman dan seniwati yang ada di antaranya telah bersara tetapi sedia kembali menghangatkan dewan, menggeletek akal fikir dan mengusik tangkai hati masyarakat - semata-mata demi penakatan dan pelestarian bahasa dan sastera Melayu.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >