Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Rai keamanan, keharmonian di sebalik cabaran geopolitik, ekonomi

Dec 31, 2023 | 05:30 AM



Lazimnya sempena permulaan tahun baru, ramai yang bertekad membuat azam baru atau matlamat yang patut dicapai sepanjang tahun depan.

Tidak kurang juga yang gemar mengimbas kembali pencapaian tahun lalu dan berikhtiar membaiki hasil di tahun mendatang.

Ada pula yang gemar merenung peristiwa penting yang lalu serta mempelajari daripada kesilapan sejarah.

Sepanjang 2023, dunia terpaksa bergelut dengan pelbagai cabaran – daripada perang di Ukraine yang berlanjutan dan krisis kemanusiaan akibat serangan Israel di Gaza. Setiap satu membawa tempias kepada warga Singapura.

Sedang perang di Ukraine dan Gaza terus bergelora menarik perhatian dunia, masih berlaku masalah di beberapa pelosok dunia yang kurang mendapat perhatian.

Ini termasuk kemarau di beberapa negara khususnya di bahagian timur Afrika seperti Kenya, Somalia dan Ethiopia terus menyebabkan kesengsaraan dan krisis kemanusiaan.

 Puluhan ribu telah terkorban, lagi 20 juta menghadapi ancaman kebuluran.

Ini diburukkan lagi oleh sengketa rampasan kuasa di negara seperti Gabon dan Niger.

Perang saudara di Myanmar ekoran rampasan kuasa tentera juga kelihatan tidak berkesudahan.

Tidak kurang juga ancaman bencana alam, kebanyakannya disebabkan kesan perubahan iklim yang berpunca daripada keengganan dan kedegilan manusia mengurangkan pencemaran dan memelihara alam sekitar.

Tanda-tanda perubahan iklim dan bukti yang dibentangkan golongan saintis wajar menggerakkan usaha lebih gigih demi memelihara kesejahteraan planet ini.

Di sudut ekonomi pula, perang di Ukraine, ketegangan dalam hubungan antara Amerika Syarikat dengan China terus menghambat pertumbuhan.

Inflasi, biarpun tampak sudah turun sedikit, masih dijangka membelenggu ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

Di sebalik cabaran geopolitik dan ekonomi, warga Singapura masih mempunyai sebab untuk bersyukur.

Kita bersyukur dapat tinggal dalam negara yang aman dan harmoni. Biarpun masih berdepan pelbagai cabaran hidup, warga Singapura rata-rata masih boleh berjalan di waktu malam dengan rasa aman.

Rak-rak di pasar raya dan kedai-kedai masih penuh dengan barangan keperluan harian.

Kita juga berpeluang bertegur sapa dan berbaik dengan jiran dan teman berbilang kaum dan agama. Di negara-negara yang dilanda sengketa, keharmonian antara kaum satu nikmat yang tidak ramai dapat kecapi.

Sedang kita menyambut tahun baru 2024, kita wajar teruskan semangat saling membantu, saling bekerjasama mengekalkan keharmonian dan keamanan yang kita nikmati sejauh ini.

Dalam pada itu, masih banyak yang boleh kita usahakan bersama dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, persekitaran dan kesihatan.

Kita juga wajar mempertingkat usaha agar keluarga dan negara dapat mencapai kemajuan yang lebih tinggi.

Semoga anak-anak dan cucu-cucu kita dapat hidup dalam dunia yang lebih baik daripada apa kita lalui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >