Premium
Rangsangan pikat bakat, pertingkat mutu kewartawanan
Feb 27, 2022 | 5:30 AM
LEMBARAN BARU: Sebagai sebuah entiti bukan keuntungan dalam bentuk syarikat berhad dengan jaminan (CLG), SPH Media Trust berharap dapat membangunkan perniagaan media menerusi pelaburan dalam bidang kewartawanan yang bermutu dan pembangunan keupayaan digital. - Foto BM oleh DESMOND WEE -
MINGGU lalu saya menerima e-mel dari majikan yang mengundang saya untuk menjalani satu latihan kewartawanan bulan depan.
Meskipun alam persaraan sudah mula mengintai dari tirai kamar kehidupan saya dan otak pun dah agak karat, saya berasa teruja kerana sudah lama tidak menjalani latihan.

