USAHA mencari pesawat MH370 telah menjadikan isu-isu politik di Malaysia hambar. Sesungguhnya, tiada siapa yang terlalu mengambil berat dengan pilihan raya kecil di Kajang atau Balingian.
Hal ini tidak hanya berlaku di Malaysia, bahkan di Indonesia yang bakal melangsungkan pilihan raya parlimen tidak lama lagi. Suasana pilihan raya di sana dilihat agak suram.