Topik diikuti
Pergi ke BHkuReputasi Aung San Suu Kyi terus tercalar
Kemunculan pergerakan belia yang bersuara lantang melahirkan kemarahan atas cara tangani etnik minoriti, termasuk Muslim Rohingya, serta sekatan pemerintah terhadap media dan masyarakat sivil muncul sebagai cabaran baru ke atas kepimpinannya
1 of 3
Dec 11, 2018 | 5:30 AM
Reputasi Aung San Suu Kyi terus tercalar
YANGON: Aktivis belia dan hos televisyen Myanmar, Cik Thinzar Shun Lei Yi, pernah menganggap dirinya sebagai peminat besar Cik Aung San Suu Kyi. Kini beliau adalah antara pengkritiknya yang paling lantang.
Hos berusia 27 tahun itu adalah anggota kumpulan aktivis liberal berprofil tinggi, ramai merupakan penyokong kuat Cik Suu Kyi yang semakin semakin kecewa dengan pentadbiran yang mereka undi ke tampuk kuasa dengan harapan tinggi melangit tiga tahun lalu.