Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Rumah terbuka beri peluang erat hubungan di era pascapandemik

PENULIS TAMU MOHAMED SHAH REZA

May 16, 2022 | 04:41 PM



MERAIKAN Hari Raya yang ceria. Inilah nikmat hidup yang wajar diraikan dalam dunia sementara.



Sempena Lebaran, kita dianjurkan memohon maaf zahir batin atas salah cakap dan beza sikap. Ada yang bertukar-tukar e-kad raya melalui Whatsapp dan Telegram.



Ada pula yang menulis pesanan spontan menggambarkan isi hati tulus dan luhur. Rata-rata isinya 'kosong-kosong'.



Raikan perbezaan dan besarkan persamaan.



Silap dan salah usah dijadikan beban berat yang tak terpikul di hari akhirat.



Dua tahun kita tersangkar. Sekarang adalah masa untuk kembali bersama.



Aidilfitri kali ini bukan sekadar melambangkan kemenangan. Ia mengingatkan kita akan perjuangan dan pengorbanan yang berterusan dalam kita memainkan peranan untuk melindungi nyawa dan menjaga keselamatan semua.



Hari Raya tahun ini juga menjadi lebih istimewa dengan pengumuman pelonggaran peraturan Covid-19 baru-baru ini, menandakan peralihan dari era pandemik ke era endemik.



Selama lebih dua tahun, masyarakat kita diuji dari pelbagai sudut. Kita membuat penyesuaian yang sukar dari segi norma sosial dan agama untuk membendung penularan Covid-19.



Bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang tidak menentu ketika itu, tetapi kita kekal bersatu.



Seandainya kita tidak bersatu ketika itu, masyarakat pasti akan bercelaru dan berpecah belah.



Saya masih ingat bagaimana Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) bekerjasama dengan peniaga Melayu Islam, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), sukarelawan Persatuan Rakyat dan banyak organisasi lain untuk mengumpul dana sebanyak $3 juta bagi tujuan memasak dan mengagihkan hidangan berbuka puasa untuk 20,000 petugas barisan hadapan dan keluarga yang memerlukan setiap hari.



Ketika Syawal menjelma pula, masyarakat kita menahan diri daripada mengunjungi sesama sendiri dan berhubung dengan keluarga tersayang secara digital.



Saya rasa bangga dengan pengorbanan yang dilakukan oleh masyarakat kita dalam menangani Covid-19.



Mari ambil kesempatan detik-detik kegembiraan ini untuk memperbaharui dan mengukuhkan lagi kompak sosial antara kita.



Perpaduan ialah kunci. Tidak kira sama ada antara kumpulan sukarelawan di dalam masyarakat atau di antara karyawan berbilang jabatan atau jawatan di sektor korporat.



Banyak persiapan harus dilakukan untuk menjadikan kita lebih berdaya tahan untuk mengharungi krisis masa hadapan dan antaranya ialah memastikan ikatan sosial antara kita menjadi lebih kompak dari sekarang.



Tidak perlu tunggu masa sesuai atau strategi besar. Kita mulakan persiapan untuk masa hadapan ketika lebaran ini.



Di minggu kedua Syawal tahun ini, tradisi atau amalan rumah terbuka sudah mula giat dihidupkan kembali.



Tradisi atau amalan rumah terbuka seakan menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baru Cina.



Masyarakat rata-rata akan mengadakan rumah terbuka bagi meraikan tetamu, jiran tetangga, rakan sepejabat serta rakan taulan, jauh dan dekat.



Pelbagai juadah disediakan bagi menjamu tetamu. Pada asasnya, kita melihat amalan rumah terbuka sekadar untuk meraikan tetamu dengan hidangan yang disediakan, tetapi ada hikmah yang tersembunyi di sebalik amalan rumah terbuka.



Antaranya ialah ia dapat memupuk semangat kebersamaan.



Bagi pekerja misalnya, mereka tidak punya banyak masa untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan orang di sekeliling mereka disebabkan kesibukan mengejar masa dan kerjaya.



Justeru, tradisi rumah terbuka secara tidak langsung merapatkan hubungan antara kita. Inilah peluang untuk mereka mengambil tahu tentang orang-orang di sekeliling.



Era globalisasi dan pandemik sudah banyak menjarakkan hubungan antara manusia dengan kehadiran gajet yang canggih sehingga kita kurang bergaul dengan orang lain.



Situasi sebegini amat sukar untuk dibendung apatah lagi dengan kesibukan kerjaya masing-masing.



Amalan rumah terbuka juga sangat berperanan dalam memupuk semangat perpaduan antara kaum.



Dengan menghadirkan diri ke rumah terbuka sesuatu kaum itu, kita dapat melihat dan menyaksikan budaya masyarakat lain.



Sebagai contohnya ketika rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri, kaum bukan Melayu akan mengetahui budaya makanan, hiasan serta hati budi masyarakat Melayu.



Tidak dinafikan masyarakat bukan Melayu akan teruja dengan hidangan masakan Melayu seperti rendang, ketupat, kuah lodeh, lemang dan sebagainya, yang tidak ada dalam menu rumah terbuka atau ketika perayaan masyarakat lain.



Jelas, makanan telah menjadi sebahagian daripada asas perpaduan kaum di negara ini.



Kuih tart dan lontong hanyalah pembuka bicara.



Natijah yang kita harapkan ialah tersemainya sikap kebersamaan dan kesatuan.



Krisis yang melanda kita ini bukanlah yang terakhir. Krisis yang menanti kita bakal lebih besar impaknya berbanding Covid-19.



Kita tidak mampu untuk berpecah. Kita akan mengalami lebih banyak ujian dan dugaan dalam perjalanan pembangunan negara kita.



Kita mesti kuat melawan tarikan arus yang deras yang boleh melebarkan jurang perselisihan dalam masyarakat kita. Kita harus menghalangnya daripada memecahbelahkan kita.



Kita perlu meneruskan usaha mengukuhkan kesepakatan sosial dan identiti bersama kita.



Bak kata pepatah, bukit sama didaki, lurah sama dituruni.



Usaha ini tidak mampu dilakukan seorang diri. Perpaduan semua lapisan masyarakat diperlukan untuk mengharungi cabaran yang lebih berat.



Kita telah melakukannya dan saya yakin kita boleh melakukannya lagi dengan lebih baik. Buktinya, sepanjang dua tahun lalu, masyarakat kita telah bekerjasama untuk mengatasi pelbagai cabaran yang dibawa oleh Covid-19.



Namun, kita harus mengatur langkah jangka panjang supaya kita mampu melakukannya lagi pada masa depan.



Mari ambil peluang Syawal ini untuk merapatkan saf, membantu mereka yang ketinggalan, meningkatkan jaringan keselamatan bagi mereka yang memerlukan, menjaga kesihatan mental mereka yang terjejas, dan memenuhi keperluan masyarakat yang semakin menua.



Inilah laluan menuju Singapura yang lebih adil, inklusif dan bersatu padu.



Saya meminjam pepatah Melayu yang diucapkan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Rapat Hari Kebangsaan pada tahun 2018 - seikat bak sirih, serumpun bak serai.



Hanya dengan teguh bersatu dan membantu antara satu sama lain, kita mampu menjadi satu masyarakat gemilang dan memetakan hala tuju Baru kita bersama.



  • Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zahid & Shah Group dan Pengerusi M3@Jalan Besar.


Justeru, tradisi rumah terbuka secara tidak langsung merapatkan hubungan antara kita. Inilah peluang untuk mereka mengambil tahu tentang orang-orang di sekeliling.



Era globalisasi dan pandemik sudah banyak menjarakkan hubungan antara manusia dengan kehadiran gajet yang canggih sehingga kita kurang bergaul dengan orang lain.



Situasi sebegini amat sukar untuk dibendung apatah lagi dengan kesibukan kerjaya masing-masing.



- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >