SALURAN SalamSG TV yang dilancarkan semalam di laman YouTube telah mengetengahkan beberapa klip video menarik yang boleh ditonton masyarakat sepanjang bulan Ramadan ini sedang masjid-masjid di Singapura ditutup ekoran Covid-19.

Kandungan yang rencam lagi informatif itu menampilkan para asatizah setempat mengongsi pelbagai kandungan keagamaan daripada pelbagai aspek.